Patutkah Islam Dirasmikan?

Semasa zaman remaja saya dahulu, saya gemar membaca buku-buku mengenai ‘generasi Al-Quran’ iaitu jenerasi Rasulullah and sahabat-sahabatnya. Salah seorang penulis kegemaran saya ialah Shaykh Abd Al-Qadir Al-Murabit Al-Darqawi yang menulis buku ‘The Way of Muhammad’. Dalam buku yang amat mendalam konsepnya ini, Abd Al-Qadir menulis tentang keadaan semasa era Rasulullah di Madinah. Katanya, pada zaman itu, tidak perlu adanya sarjana Islam kerana semuanya sarjana Islam. Samalah juga dengan polis atau tentera. Semuanya tidak perlu kerana tiap-tiap individu dalam masyarakat itu mempunyai tanggungjawab untuk mencari ilmu, mengawal keselamatan negara dan memerangi anasir-anasir yang menyerang dari luar. Inilah situasi yang ideal dalam Islam, jika kita mengambil jenerasi Al-Quran sebagai blueprint.

Zaman berganti zaman, Islam berkembang sebagai tamadun dan muncullah pula ‘ofisialisasi’. ‘Ofisialisasi’ (officialization, to make something official) adalah memberi sesuatu itu ‘perasmian’. ‘Ofisialisasi’ memang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Dalam permainan bolasepak umpamanya, sesiapa sahaja boleh bermain sukan ini tetapi untuk mencapai piala dunia, perlulah ada satu badan yang ‘rasmi’ iaitu FIFA. FIFA memberi polisi-polisi kepada badan-badan Asia, Eropah (UEFA) dan lain-lain. Badan ini pula menjaga badan-badan negara seperti FAM yang menjaga badan-badan negeri-negeri pula. Semuanya diatur dengan rapi dan undang-undang diberi supaya boleh menjaga tatatertib yang tertentu. Inilah ‘ofisialisasi’ yang sebenarnya.

Dalam Islam, ‘ofisialisasi’ yang sebenar datang dalam zaman Abbasiyah. Pada zaman itu, belum ada lagi penggarisan di antara Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan Syiah. Malahan, boleh dikatakan yang belum ada lagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara rasmi. Khalifah Abbasiyanh telah Berjaya menggulingkan Khalifah Umayyah dengan pertolongan golongan penyokong Ali ibn Abi Talib, sepupu Rasulullah. Penyokong-penyokong Ali telah mengalami kezaliman yang teruk di bawah Khalifah Umayyah and sememangnya memusuhi mereka. Jadi dengan menolong golong Abbasiyah merampas kembali takhta khalifah, mereka telah mendapat lebih banyak pengaruh. Perngaruh mereka ditakuti Khalifah-khalifah Abbasiyah kerena merekalah dikatakan pemegang Islam yang sejati disebabkan mereka keturunan Rasulullah. Langkah Abbasiyah untuk mencantas pengaruh penyokong Ali ialah dengan membuat klaim yang ulamak-ulamak Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah waris Rasulullah yang sejati (dengan mewujudkan hadis ‘ulamak itu pewaris nabi’).

Mungkin banyak yang menolak sejarah ini kerana tidak selari dengan sejarah yang diajar disekolah. Namun begitu, dalam buku ‘International Human Rights and Islamic Law’, Profesor Mashood Barderin (Sarjana Perundangan Islam di Univerity of London, School of Oriental and African Studies) mengatakan yang pada asalnya, Islam mempunyai beratus-ratus mazhab! Tetapi setelah langkah yang diambil oleh golongan Abbasiyah, bilangan mazhab-mazhab telah jatuh ke berpuluh-puluh sahaja sehinggalah menjadi hanya lebih kurang empat pada hari ini.

Proses ‘ofisialisasi’ telah menjadikan idelogi Islam sebagai satu agama rasmi dan mana-mana pendekatan yang tidak bersesuaian dengan versi rasmi Islam dikatakan sesat. Di sinilah permulaan di mana konflik di antara Ahlus Sunnah dan Syiah menjadi satu perkara agama walhal dulunya ia hanya perkara politik. Inialah masalah ‘ofisialisasi’ yang pertama. Bila wujudnya ‘ofisialisasi’, maka akan ada pihak yang mengaku ia pihak yang benar dan dengan otomati, pihak-pihak yang tidak menyebelahi pihak ini akan dikategorikan sebagai ‘sesat’. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang – kerana kita ada badan yang diberi tanggungjawab menjaga hal-ehwal Islam secara rasmi, maka sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka akan dilihat sebagai sesat lagi menyesatkan.

Yang menghairankan pula, badan-badan ini (seperti JAKIM dan badan-badan diperingkat negeri) tidak ada masalah dengan agamawan-agamawan yang sebulu dengan mereka tetapi tidak mengamalkan agama Islam mengikut Sunnah Rasulullah. Umpamanya, ‘Ustaz Ayam’ yang telah mengiklankan ayam-ayam ternakan yang istimewa kerana diternak dengan gelombang Al-Quran. Amalan ini sememangnya tidak ada pada zaman Rasulullah. Walaupun Rasulullah dan sahabat-sahabatnya mempunyai haiwan ternakan tetapi tidak pula mereka membaca Al-Quran kepada haiwan-haiwan itu supaya lebih sihat dimakan!

Begitu juga dengan mesin solar-powered yang membaca Al-Quran di tanah perkuburan. Mesin ini mengumpul kuasa solar dan memainkan Al-Quran kepada mayat-mayat di tanah perkuburan itu. Tidak dinyatakan pula kalau satu mesin cukup untuk satu tanah perkuburan atau hanya dihadkan kepada satu mayat sahaja. Silap-silap, habislah Nasir Bilal Khan, imam Tanah Kubur kena buang kerja kerana semua mayat selamat daripada siksa kubur! Poinnya, walaupun ada amalan-amalan yang jauh daripada ruh Islam yang sebenar, namun badan-badan Islam tidak mengapa-apakan mereka kerana mungkin mereka sebulu. Inilah kesan proses ‘ofisialisasi’.

Tidak pula begitu dengan pendekatan-pendakatan lain yang dikatakan sesat. Kepada JAKIM, ‘sesat’ itu termasuklah Syiah dan Liberal walaupun mereka pun mempunyai dalil sendiri. Kerana proses ‘ofisialisasi’, JAKIM yang diberi tunggak kuasa tidak perlu berbincang apa-apa dengan mereka. Cukuplah hanya dengan melabel mereka sesat sahaja dan menangkap mereka. Polisi sebegini tidak dapat menaikkan mutu perbincangan Islam langsung malahan meletakkan tahap pemikiran Islam pada tahap yang paling rendah.

Sebenarnya ‘ofisialisasi’ dalam agama adalah perkara yang tidak memanfaatkan sesiapa kecuali agamawan.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s