Fahaman-fahaman tentang Al-Hijr 87

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
(Al-Hijr 15:87)

Apa 7 ayat tu? Apa maksud nya?

Jawapan-jawapan:

  • Al-fatihah
  • surah 40-46 yg bermula dgn Ha Mim..semua surah mengisahkan kmusnahan kaum2 yg berlaku secara berulang2..
  • ada yg mngatakan Ha adalah singkatan Al Hamid (Yg Terpuji) n Mim singkatan Al Alim (Yg Maha Mengetahui)
  • tak pasti samaada ayat tu merujuk kepada “tujuh ayat yg diulang-ulang” sebab tak sebut pun “ayat” di situ. cuma sebut “tujuh daripada pasangan”. Pasangan apa saya tak pasti. pada hemat sy mungkin merujuk kepada mata, telinga, mulut, kaki, tangan, jalan baik & jahat, dan satu lagi saya tak tahu apa, mungkin akal dan nafsu kot. Dalam Quran kita sering diingatkan untuk menggunakan pancaindera untuk menyedari kehebatan Tuhan, berfikir tentang fitrah diri kita yg mempunyai akal dan nafsu, dan bekerja ke arah kebaikan (yg menggunakan tangan dan kaki). Akal boleh menyedarkan diri tentang kebaikan dan nafsu pula boleh mendorong kepada kejahatan kalau tak dikawal. Quran pula memberi panduan kepada kita untuk menggunakan semua yang diberikan ini supaya kita sedar akan hakikat diri kita. Dalam surah 90 tiga di antaranya disebut – mata, bibir dan 2 jalan.
  • Ada khilaf. Pendapat Pok Mig kalau tak salah sama pendapat sebhg Sunni & juga pendapat2 ilmuan masakini spt Edip Yuksel sbb ada perkataan DAN…. 7 ayat diulang2 DAN Quran yg Agung, dan kita tahu AlFatihah juga sebhg dari dlm Quran , justeru mana mungkin ia merujuk pd ayat2 Al Fatihah..i bagi saya lebih condong kpd pendapat yg mengatkan ianya “Al Fatihah”, pendapat yg juga sama dgn “Kitab At Tafsir” tulisan Bukhari, ada riwayat dari sahabat akan sabda2 Nabi yg kata “al mathani” dlm ayat 15:87 tu merujuk pd umulkitab/surah AlFatihah.
    Persoalan mengapa ada perkataan “wa” (DAN) di situ. Ada ayat2 Allah yg juga sebut “DAN” utk perkara yg sama.cthnya, [Quran 55:68] Didalamnya terdapat buah2an (fakihatun) wa/dan kurma, wa/dan delima. Antara ayat lain spt [Quran 2:238-239] Peliharalah (salawati) salat2 kamu wa/DAN salat wusta…..Allahualam

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s