Manifesto Tuhan Berkaitan Pemeliharaan dan Perlindungan Haiwan Telah Disorok oleh Sami-sami Agama Islam

oleh Tolokminda Belajar

Saya kemukakan terjemahan saya untuk 5:1-2. Saya kemukakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan semakan silang jika diperlukan. Terjemahan ini adalah berdasarkan word by word. Anda digalakkan memeriksa sendiri setiap terjemahan yang dikemukakan bagi mengelak menjadi pengikut atau pembantah yang membabi buta.

–> 5:1 Wahai orang-orang yang percaya! Tunaikan dengan yang diikrar. Dibenarkan kepada kamu haiwan ternakan kecuali yang dinyatakan ke atas kamu selain buruan yang diterima ketika kamu sedang diwarta. Sesungguhnya Tuhan menghukum apa yang dikehendakiNya.

–> 5:1 Oh people who believe. Fulfil with the pledged. Allowed to you the quadruped livestock except what has been recited on you besides the accepted wild game while you are being sanctioned. Indeed God judges what He wills.

–> 5:2 Wahai orang-orang yang percaya. Jangan melanggar kenyataan Tuhan, juga bulan-bulan yang diwartakan, juga panduan-panduan, juga indikator, juga orang-orang yang mengamanahi sistem yang diwartakan dalam mencari kemurahan Pemelihara kamu dan keseronokan. Dan jika kamu dibenarkan, maka memburulah. Dan jangan kamu menyalahkan, membenci orang-orang establishment apabila menahan kamu dalam mematuhi persetujuan yang telah diwartakan sebagai untuk melanggar. Dan saling membantu atas prinsip dan pemerhatian. Dan jangan saling membantu atas yang salah dan yang melampaui batas. Dan beri perhatian kepada Tuhan, sesungguhnya hukuman Tuhan sangat pedih..

–> 5:2 Oh people who believe. Do not violate the manifest of God, nor the sanctioned months, nor the guidance, nor the indicators, nor those who entrust the sanctioned system in seeking bounties from your Lord and pleasures. And when you are allowed then hunt. And do not you blame the people of the establishment as they stop you in lieu to the sanctioned agreement as to violate. And help each other on the principles and the observations. Do not help each other on the wrongs and violations. And observe God, indeed God’s punishment shall severe.

Kita teliti ayat 5:1

–> 5:1 Wahai orang-orang yang percaya! Tunaikan dengan yang diikrar. Dibenarkan kepada kamu haiwan ternakan kecuali yang dinyatakan ke atas kamu selain buruan yang diterima ketika kamu sedang diwarta. Sesungguhnya Tuhan menghukum apa yang dikehendakiNya.

–> 5:1 Oh people who believe. Fulfil with the pledged. Allowed to you the quadruped livestock except what has been recited on you besides the accepted wild game while you are being sanctioned. Indeed God judges what He wills.

Tafsiran saya untuk 5:1:

Ayat di atas satu kenyataan umum yang mengingatkan kita supaya menunaikan apa yang kita telah ikrarkan atau pledged di samping menjelaskan bahawa semua haiwan ternakan dibenarkan kecuali apa-apa yang telah dinyatakan. Selain itu apa-apa haiwan buruan juga tidak dibenarkan jika semasa kita menerimanya tempoh larangan memburu haiwan itu sedang dikuatkuasakan ke atas kita. Pendek kata, apabila sesuatu haiwan itu sedang diwartakan larangan memburu ke atasnya maka kita bukan saja tidak boleh memburunya malah jika kita terima ia dari hasil buruan orang lain pun ia perlu ditolak.

Sekarang kita teliti pula ayat 5:2

–> 5:2 Wahai orang-orang yang percaya. Jangan melanggar kenyataan Tuhan, juga bulan-bulan yang diwartakan, juga panduan-panduan, juga indikator, juga orang-orang yang mengamanahi sistem yang diwartakan dalam mencari kemurahan Pemelihara kamu dan keseronokan. Dan jika kamu dibenarkan, maka memburulah. Dan jangan kamu menyalahkan, membenci orang-orang establishment apabila menahan kamu dalam mematuhi persetujuan yang telah diwartakan sebagai untuk melanggar. Dan saling membantu atas prinsip dan pemerhatian. Dan jangan saling membantu atas yang salah dan yang melampaui batas. Dan beri perhatian kepada Tuhan, sesungguhnya hukuman Tuhan sangat pedih.

–> 5:2 Oh people who believe. Do not violate the manifest of God, nor the sanctioned months, nor the guidance, nor the indicators, nor those who entrust the sanctioned system in seeking bounties from their Lord and pleasures. And when you are allowed then hunt. And do not you blame, hate the people of the establishment as they stop you in lieu to the sanctioned agreement as to violate. And help each other on the principles and the observations. Do not help each other on the wrongs and violations. And observe God, indeed God’s punishment shall severe.

Tafsiran saya untuk 5:2

Dalam aktiviti memburu samada kita menganggapnya untuk mencari kemurahan Tuhan atau untuk berseronok/sukan, Tuhan menasihatkan orang-orang yang percaya supaya jangan melanggar yang berikut:-

1. Manifest atau kenyataan Tuhan mengenainya
2. Bulan-bulan yang telah diwartakan
3. Panduan-panduan memburu
4. Indikator
5. Orang-orang yang diamanahkan untuk melaksanakan sistem yang diwartakan

Baiklah sekarang kita periksa satu-satu apa yang dimaksudkan dengan 5 perkara di atas.

1. MANIFEST TUHAN MENGENAI AKTIVITI MEMBURU – Fahami dan patuhi semua manifestasi @ kenyataan Tuhan tentang aktiviti memburu yang terdapat di dalam Quran. Jangan melanggarnya.

2. BULAN-BULAN YANG DIWARTAKAN – Bulan-bulan yang diwartakan adalah tentang bulan-bulan yang dibenarkan memburu dan bulan-bulan yang tidak dibenarkan memburu. Tuhan tidak menentukan bulan-bulan ini tetapi manusialah yang dipertanggungjawabkan untuk memikir dan melaksanakannya.

3. PANDUAN-PANDUAN MEMBURU – Antara panduan-panduan yang kita perlu patuhi adalah:-

I. Boleh memburu menggunakan haiwan pemburu

–> 5.4 Mereka bertanya kamu: Apakah yang dibenarkan kepada mereka. Katakan: Dibenarkan kepada mereka suatu yang bersih. Dan apa yang telah kamu ajar daripada anjing-anjing pemburu. Kamu ajar mereka dari apa yang Tuhan ajar kepada kamu. Maka makanlah apa yang mereka tangkap untuk kamu. Dan peringati sifat-sifat Tuhan ke atasnya dan beri Tuhan perhatian sesungguhnya Tuhan sangat lancar perkiraan.

II. Boleh memburu menggunakan tangan atau peralatan

–> 5:94 Wahai kamu yang percaya. Tuhan akan menguji kamu dengan sesuatu daripada haiwan buruan yang tangan kamu mampu mencapainya dan juga peralatan kamu supaya Tuhan mengetahui siapa yang takutkan Dia – dengan yang tidak kelihatan. Sesiapa yang melanggar batasan selepas itumaka untuknya azab yang menyakitkan.

III. Sebut sifat-sfat Tuhan dalam proses membidik buruan

–> 22:36 Dan haiwan. Kami telah menjadikannya untuk kamu dari manifestasi Tuhan. Untuk kamu di dalamnya suatu kebaikan. Maka sebut sifat-sfat Tuhan sewaktu membidik ke atasnya. Dan apabila ia jatuh tumbang maka makan darinya beri makan orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Begitulah Kami telah menyerahkan mereka untuk kamu supaya kamu berterima kasih.

4. INDIKATOR KEMATANGAN – Tuhan menyebut ada satu indikator kematangan di buku lali haiwan buruan khusunya yang berkaki empat. Dengan memahami sistem yang Tuhan jadikan ini maka para pemburu boleh mengelak dari membunuh haiwan yang belum matang. Ini bermakna selain dari keperluan menguatkuasakan larangan memburu berdasarkan bulan-bulan tertentu, haiwan buruan juga harus dipastikan sudah cukup matang untuk dibunuh.

–> 5:97 Telah dijadikan Tuhan buku lali suatu sistem yang telah diwartakan, suatu ketetapan untuk manusia dan bulan-bulan yang telah diwartakan dan panduan-panduan dan indikator. Itu supaya kamu tahu bahawa Tuhan, Dia tahu apa di langit dan apa di bumi. Dan bahawa Tuhan mengetahui semua perkara.

Perhatikan 5:95. Selain mengisytiharkan buku lali sebagai suatu sistem yang diwartakan dalam hal pemburuan, ia juga menyebut perkara-perkara yang sama seperti yang disebut dalam 5:2. Kemudian,

–> 5:95 Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh buruan sedangkan kamu telah diwarta. Dan sesiapa membunuhnya dari kamu dengan sengaja, maka penaltinya serupa apa yang dibunuh daripada ternakan. Akan menghukum di dalamnya dua orang yang adil di kalangan kamu suatu panduan telah matang buku lali atau penebusan memberi makan orang miskin atau yang bersamaan itu suatu pengecualian diri supaya dia merasakan akibat perbuatannya. Tuhan telah memaafkan apa saja yang telah lepas. Dan sesiapa mengulangi maka akan diambil pembalasan Tuhan darinya. Tuhan Berkuasa, Pemilik segala pembalasan.

Dari ayat 5:97 dan 5:95 jelas buku lali @ kaaba haiwan buruan merupakan satu aspek penting dalam memastikan akviti memburu dilakukan secara sihat. Saya fikir pakar-pakar haiwan perlu melakukan kajian bagaimana buku lali boleh berfungsi sebagai satu sistem dalam menentukan kematangan haiwan. Saya mengesyaki ia ada kena mengena dengan gaya berjalan haiwan muda dan haiwan matang. Keunikan gaya berjalan haiwan muda berbanding haiwan matang yang dapat dikenalpasti dari jarak jauh pastinya sangat membantu para pemburu mengelak dari membunuh haiwan yang tidak sepatutnya belum boleh diburu.

5. ORANG-ORANG YANG DIAMANAHKAN UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM YANG DIWARTAKAN – Hari ini di seluruh dunia komuniti-komuniti manusia telah pun menubuhkan Jabatan Mergastua dan jabatan2 lain yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pelestarian hidupan liar yang mana orang-orang yang bekerja di sana merupakan orang-orang yang diamanahkan untuk melaksanakan sistem yang diwartakan dalam hal pemburuan haiwan.

Maka samada mereka percaya Quran atau tidak, beragama atau tidak, patuhilah apa yang mereka wartakan kerana ia suruhan Tuhan. Jika mereka kata tenuk tidak boleh diburu, maka jangan buru tenuk. Kalau mereka kata seladang tidak boleh diburu dari Januari sehingga November setiap tahun, maka jika kita nampak seladang lalu di belakang rumah sekali pun maka kita tidak boleh memburunya. Jika sesiapa ditangkap kerana melanggar apa yang telah diwartakan jangan degil atau melawan seperti yang disebut dalam 5:2.

Tuhan suruh kita saling membantu di atas dasar prinsip dan pemerhatian dan bukan saling membantu dalam kesalahan dan violasi.

——————–

Sebagai kesimpulan, jika anda minat memburu haiwan pastikan anda ingat 5 perkara yang Tuhan gariskan untuk aktiviti memburu. Establishkan semua perkara itu sebagai tanggungjawab atau solat kamu dalam memenuhi minat anda itu. Jika setiap pemburu patuh kepada apa yang Tuhan telah tetapkan sudah tentu kelestarian hidupan liar yang turut sama berkongsi bumi ini dengan kita akan lebih terjamin.

Terjemahan word for word:

5:1
Ya ayyuha – Wahai
allatheena – orang-orang yang
amanoo – percaya
awfoo – tunaikan
bialAAuqoodi – dengan yang diikrar
ohillat – dibenarkan
lakum – kepada kamu
baheematu alanAAami – yang dinikmati
illa mayutla – yang dinyatakan
AAalaykum – ke atas kamu
ghayra – selain
muhillee – yang diterima
alssaydi – buruan
waantum – ketika kamu sedang
hurumun – diwarta
inna Allaha – sesungguhnya Tuhan
yahkumu – menghumum
ma yureedu – apa yang dikehendakiNya

–> 5:1 Wahai orang-orang yang percaya! Tunaikan dengan yang diikrar. Dibenarkan kepada kamu haiwan ternakan kecuali yang dinyatakan ke atas kamu selain buruan yang diterima ketika kamu sedang diwarta. Sesungguhnya Tuhan menghukum apa yang dikehendakiNya.

5:2

Ya ayyuha – Wahai
allatheena – orang-orang yang
amanoo – percaya
la tuhilloo – jangan melanggar
shaAAaira Allahi – manifest/kenyataan Tuhan
wala alshshahra – juga bulan-bulan
alharama – yang diwartakan
wala alhadya – juga panduan-panduan
wala alqalaida – juga indikator
wala ammeena – juga orang-orang yang mengamanahi
albayta – sistem
alharama – yang diwartakan
yabtaghoona – dalam mencari
fadlan – suatu kemurahan
min rabbihim – dari Pemelihara kamu
waridwanan – dan keseronokan
waitha – maka apabila
halaltum – kamu dibenarkan
faistadoo – maka memburulah
wala – dan jangan
yajrimannakum – kamu menyalahkan
shanaanu – membenci
qawmin – orang-orang establishment
an saddookum – apabila menahan kamu
AAani – dalam mematuhi (in lieu)
almasjidi – persetujuan
alharami – yang diwartakan
an taAAtadoo – sebagai untuk melanggar
wataAAawanoo – dan saling membantu
AAala albirri – atas prinsip
waalttaqwa – dan pemerhatian
wala taAAawanoo – dan jangan saling membantu
AAala alithmi – atas salah
waalAAudwani – dan yang melampaui batas
waittaqoo – dan beri perhatian
Allaha – Tuhan
inna Allaha – sesungguhnya Tuhan
shadeedu – pedih
alAAiqabi – hukuman

–> 5:2 Wahai orang-orang yang percaya. Jangan melanggar kenyataan Tuhan, juga bulan-bulan yang diwartakan, juga panduan-panduan, juga indikator, juga orang-orang yang mengamanahi sistem yang diwartakan dalam mencari kemurahan Pemelihara kamu dan keseronokan. Dan jika kamu dibenarkan, maka memburulah. Dan jangan kamu menyalahkan, membenci orang-orang establishment apabila menahan kamu dalam mematuhi persetujuan yang telah diwartakan sebagai untuk melanggar. Dan saling membantu atas prinsip dan pemerhatian. Dan jangan saling membantu atas yang salah dan yang melampaui batas. Dan beri perhatian kepada Tuhan, sesungguhnya hukuman Tuhan sangat pedih.

5:97

JaAAala – Telah dijadikan
Allahu – Tuhan
alkaAAbata – buku lali
albayta – sistem
alharama – yang diwartakan
qiyaman – suatu ketetapan
lilnnasi – kepada manusia
waalshshahra – dan bulan-bulan
alharama – yang diwartakan
waalhadya – dan panduan
waalqalaida – dan indikator
thalika – itu
litaAAlamoo – supaya kamu tahu
anna Allaha – bahawa Tuhan
yaAAlamu – tahu
ma fee – apa dalam
alssamawati – langit
wamafee – dan apa dalam
alardi – bumi
waanna – dan bahawa
Allaha – Tuhan
bikulli – dengan semua
shayin – perkara
AAaleemun — mengetahui

–> 5:97 Telah dijadikan Tuhan buku lali suatu sistem yang telah diwartakan, suatu ketetapan untuk manusia dan bulan-bulan yang telah diwartakan dan panduan-panduan dan indikator. Itu supaya kamu tahu bahawa Tuhan, Dia tahu apa di langit dan apa di bumi. Dan bahawa Tuhan mengetahui semua perkara.

5:95

Ya ayyuha – Wahai
allatheena – orang-orang yang
amanoo – percaya
la taqtuloo – jangan membunuh
alssayda – buruan
waantum – sedang kamu
hurumun – diwarta
waman – dan sesiapa
qatalahu – membunuhnya
minkum – dari kamu
mutaAAammidan – dengan sengaja
fajazaon – maka penaltinya
mithlu – serupa
ma qatala – apa yang dibunuh
mina – daripada
alnnaAAami — ternakan
yahkumu – akan menghukum
bihi – dengannya
thawaAAadlin – dua orang yang adil
minkum – dari kamu
hadyan – suatu panduan
baligha – telah matang
alkaAAbati – buku lali
aw kaffaratun – atau penebusan
taAAamu – member makan
masakeena – orang-orang miskin
aw AAadluthalika – atau yang bersamaan itu
siyaman – suatu pengecualian diri
liyathooqa – supaya dia merasakan
wabala amrihi – akibat perbuatannya
AAafa – telah memaafkan
Allahu – Tuhan
AAamma – apa saja
Salafa – yang telah lepas
waman – dan sesiapa
AAada – mengulangi
fayantaqimu – maka akan diambil pembalasan
Allahu — Tuhan
Minhu – darinya
waAllahu – dan Tuhan
AAazeezun – Berkuasa
thoo intiqamin – pemilik segala pembalasan

–> 5:95 Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh buruan sedangkan kamu telah diwarta. Dan sesiapa membunuhnya dari kamu dengan sengaja, maka penaltinya serupa apa yang dibunuh daripada ternakan. Akan menghukum di dalamnya dua orang yang adil di kalangan kamu suatu panduan telah matang buku lali atau penebusan memberi makan orang miskin atau yang bersamaan itu suatu pengecualian diri supaya dia merasakan akibat perbuatannya. Tuhan telah memaafkan apa saja yang telah lepas. Dan sesiapa mengulangi maka akan diambil pembalasan Tuhan darinya. Tuhan Berkuasa, Pemilik segala pembalasan.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s