Musa, Isa dan Quran

Quran mempunyai lebih tiga puluh personaliti. Mereka ini adalah manusia-manusia yang dipilih Allah untuk memberitahu cerita mereka supaya kita mendapat iktibar. Sayangnya, Islam Tradisi menyisihkan cerita-cerita ini sebagai ‘syariah lama’ yang dimansuhkan oleh syariah Nabi Muhammad. Ini bercanggahan dengan Quran 11/120 dan 12/111.

Saya terpegun baru-baru ini dengan cerita-cerita Musa dan Isa. Mereka ini adalah dua personaliti yang paling terserlah dalam Quran. Musa disebut 136 kali dan Isa 25 kali. Mereka ini mempunyai iktibar yang amat mendalam untuk manusia. Kalau nak tulis pasal mereka, boleh muat satu buku!

Sudut fokus kita dalam karangan ini ialah Musa, Isa dan Quran. Mereka ini adalah dua personaliti yang paling rapat kaitannya denan Quran sendiri. Dalam ertikata lain, mereka ini adalah cara yang dianjurkan oleh Allah untuk manusia berinteraksi dengan Kitabnya. Anda mungkin bertanya, bagaimana tu?

Dengan Musa, dia disebut dengan ‘kitab ini’ (hadha kitaab) dua kali (6/91-92 dan 6/154-155). Dalam ayat-ayat ini, dia dikaitkan dengan pembawaan kitab kepada manusia. Dalam beberapa konteks lain juga (umpamanya permulaan Surah Ta Ha dan An-Naml), maklumat mengenai Al-Quran disusuli dengan cerita Musa.

Dengan Isa pula,  dia dipanggil kalimahNya dan ruh daripadaNya (4/171). Ini adalah sama dengan gelaran yang diberi kepada Al-Quran sendiri (6/115 dan 17/85). Ini adalah sifat yang unik kepada Isa.

Ini adalah permulaan fikiran saya mengenai Musa, Isa dan Quran. Insyaallah, saya akan tambah lagi bila kelapangan.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s