Berfikir Berlandaskan Ilmu

oleh Azrudi Mustapha

Berfikir atas landasan pengetahuan, kita perlu juga tanya diri kita. Bagaimana kita tahu bahawa apa yang kita buat minggu lepas, atau apa yang terjadi bulan lepas, atau 10 tahun lepas, benar-benar telah berlaku? Mungkin ia hanya ingatan yang dimasukkan ke dalam kepala kita setiap malam semasa kita tidur. Mungkin kita dimasukkan ingatan perkara-pekara yang kita telah lakukan tetapi sebenarnya perkara-perkara itu tidakpun pernah berlaku..

Ini adalah kerana kita tidak boleh membuktikan pada hari ini apa yang kita telah buat minggu lepas.. memang tidak wujud langsung cara untuk kita buktikan dengan muktamad.

Dalam mahkamah juga piawai yang digunakan hanyalah setakat “beyond reasonable doubt” kerana pembuktian muktamad tidak boleh dilakukan seperti kita boleh buktikan air itu berbeza dengan ais yang mana kita boleh buktikan sekarang juga, tetapi perkara sejarah memang kita tidak boleh buktikan secara muktamad, hanya kita boleh menyangka setakat “beyond reasonable doubt”.

Maka sebab itu juga sejarah tidak mungkin sebahagian dari pengetahuan. Kerana kita tidak boleh tahu samada ia berlaku atau ingatan itu hanya dicipta atau dimasukkan ke dalam minda kita.

Perkara yang kita yakin sepenuhnya bahawa ia telah berlaku juga hanyalah prasangkaan dan bukan pengetahuan.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Isu-isu Quranisme and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s