Puasa Tapi Tak Ada Semangat Ramadan?

Bulan ramadan dikatakan sebagai bulan yang mulia. Umat Islam percaya yang bulan ini boleh membawa pahala berlipat kali ganda. Sampai seribu kali pahala, kata mereka. Inilah fahaman mereka mengenai AQ 2/185 dan Surah al-Qadr.

Tujuan nukilan ini bukan untuk mendebatkan hal ini. Pada saya, ini adalah pembacaan literal yang boleh mendatangkan manfaat jikalau perasaan takwa ini dibawa ke dalam kehidupan seharian. Kalau buat ritual 24 jam sehari dan sepanjang tahun pun tiada guna kalau perangai kita tidak berubah.

Di laman web media sosial boleh dilihat gelagat umat Islam semasa membeli juadah berbuka puasa. Begitu lapar mereka sehingga berbeli melebih-lebih. Banyak makanan dibuang pada keesokan hari. Adakah kegelojohan ini tujuan Allah menyuruh kita berpuasa? Tidak sama sekali.

Bagaimanakah pula dengan perasaan beria-ia hendak mengerjakan sembahyang terawih. Betul ke yang Allah menjanjikan pahala berlipat ganda sebegitu? Ada satu buku berwarna merah jambu yang saya pernah punyai dulu yang bertajuk ‘Fadhilat Bulan Rejab, Sya’aban dan Ramadhan’. Di samping curahan pahala pada bulan Rejab dan Sya’aban, fadhilat sembahyang terawih pun disenaraikan. Tiap-tiap hari kita mengerjakan terawih, adalah pahala yang istimewa buat kita.

Tapi adakah kita kisah yang kita parking sampai tak kisahkan hal ehwal orang? Patutkah kita mengabaikan hak-hak orang lain dalam mengejar pahala? Rasanya tidak.

Sebenarnya, ibadat puasa dalam pendekatan ASWJ tidak begitu sama dengan semangat ‘shahru ramadhan’ daripada AQ, dalam fahaman saya. Pada saya, sawm itu menahan diri daripada aktiviti yang membawa kepada kelemahan. Makan, minum, seks, semuanya boleh membawa keadaan ini jadi eloklah kita mengawal aktiviti-aktiviti ini pada setiap masa.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Isu-isu Quranisme, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s