Pengertian Sebenar Puasa

Damai sejahtera kepada semua pembaca. Semoga berada di dalam rahmat pengasihanNya.

 

Kali ini penulis ingin mengupas perihal amalan berpuasa di kalangan penganut agama islam bersempena bulan ramadhan pada tahun ini.

 

Puasa menurut agama islam secara harfiahnya adalah bermaksud “menahan diri”. Dari segi istilah pula ia bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari di bulan ramadhan.

Untuk meneruskannya, mari kita melihat pengertiannya dari sudut kefahaman alquran. Secara harfiahnya, puasa adalah dari kata akar “saum”. Menurut harfiah, saum adalah bermaksud menghentikan atau mengecualikan.

Mari kita lihat petikan surah albaqarah ayat 185 (2:185)

Bulan Ramadan yang padanya al-Qur’an diturunkan untuk menjadi satu pembimbing bagi manusia, dan penjelasan daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka capailah persediaan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak berhendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan persediaan itu, dan agungkan/besarkanlah Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

 

Jika melihat ayat di atas, banyak perkaraa boleh kita ambil pelajarannya. Tetapi penulis hanya mahu focus perihal puasa. Di dalam ayat di atas, telah dinyatakan alquran telah diturunkan pada bulan ramadhan. Tetapi persoalan utama yang perlu dirungkaikan terlebih dahulu adalah

 

  1. Apakah bulan ramadhan hanya sebulan ?
  2. Apakah kesinambungan antara bulan ramadhan dan penurunan alquran ?

Untuk memahami persoalan ini, pertama sekali kita perlu memahami apakah maksud bulan ramadhan ataupun “shahri ramadhan”

Shahri secara harfiahnya adalah bermaksud bulan atau musim/kondisi. Ini bermaksud ia bukanlah bulan yang kita fahami hari ini samada menurut calendar hijrah mahupun calendar masihi. Ramadhan pula adalah berasal dari kata akar “ramadh” yang bermaksud panas atau membakar. Jadi ramadhan bermaksud yang panas keseluruhan atau yang membakar keseluruhan. Ssecara kesimpulannya, shahri ramadhan bermaksud suatu kondisi/keadaan yang panas.

 

Jika dilihat menurut sejarah sekalipun, kalendar hijrah terjadi ketika zaman umar al-khattab kerana mahukan ssatu calendar takwim bagi menyatukan semua orang arab ketikanya yang menggunakan pelbagai kalendar ketika itu. Tetapi jika dilihat dari sudut alquran, ia tidak lah benar , kerana persoalan lain yang boleh direnungkan adalah mengapa nabi Muhammad tidak menetapkan kalendar tersebut dan bagaimana nabi melaksanakan “ibadah” yang memerlukan calendar seperti berpuasa dan berhaji ?

Berbalik kepada ayat sebelum ini, maka ketika zaman panas, yang merujuk kepada suatu keadaan semasa yang teruk atau zaman cara hidup yang teruk , budaya atau politik yang teruk. Maka diturunkan alquran sebagai petunjuk/pembimbing, penjelasan/bukti-bukti dan juga pembeza.

Maka sebab itu, kita telah diseru untuk berpuasa di “bulan ramadhan” sebagai suatu proses pemulihan.

Untuk melihat perkaitan antara terjemahan agama dan juga dari sudut alquran, Jika dilihat dari sudut istilah puasa, “menahan diri dari makan dan minum” sebenarnya boleh dilihat secara simbolik, yakni tidak makan “buah khuldi” ataupun meminum “air yang mendidih” yang mana jika dilihat dari kefahaman alquran, makan adalah bermaksud belajar/mencapai kemahiran atau “buah” fikir dan minum juga boleh dikiaskan sebagai menimba atau memupuk “lautan ilmu” atau sungai ilmu, yang mana air dalam alquran memang telah dikiaskan sebagai ilmu. Maka sebab itu kita tidak boleh makan dan minum ketika bulan ramadhan, kerana buah fikir/kemahiran mahupun ilmu yang terbit ketika “kondisi” tersebut adalah yang tidak elok ataupun yang terpesong.

Jadi jika dirumuskan, berpuasa sebenarnya adalah suatu proses pemulihan diri dengan mempelajari ilmu dan kemahiran yang baik bagi semua peringkat baik dari individu mahupun berkumpulan supaya diri kembali kepada fitrah. Dan sudah pastilah mempelajari dan mendalami ilmu alquran yang menjadi pembimbing, bukti penjelasan serta pembeza yang buruk dan yang baik yang mutlak. Dan ia juga selari dengan maksud saum yang bermaksud “mengecualikan” iaitu mengecualikan diri dari suasana panas yang berlaku pada diri mereka dengan menimba ilmu bagi memperbaiki atau memulihkan diri yang berada dalam keadaan “ramadhan”

Kesimpulan yang boleh kita lihat, janganlah kita hanya melihat sesuatu perintah perlaksanaan hanya sebagai amalan ritual tanpa melihat kepada pelajaran atau pengajaran yang boleh diambil dari sudut kefahaman alquran.

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s