Hukum Mengambil Upah Menurut AQ

Upah Mengajar Agama

Kalimat ajr di dalam al-Qur’an bermakna upah, gaji, atau ganjaran. Di sini perkataan upah dipilih untuk menjadi terjemahan kepada kalimat tersebut yang berjumlah sebanyak seratus lima di dalam al-Qur’an, dan terdapat pada sembilan puluh lapan ayat. (Sila rujuk Kalimat upah di dalam al-Qur’an.)

Daripada jumlah itu, kira-kira dua puluh ayat yang menyentuh mengenai ambil upah dalam penyampaian pelajaran agama telah ditemui. Akan tetapi, di kalangannya, didapati tiada satu pun yang menghalalkan upah untuk mengajar, menyampai, atau menceramahkan agama. Itu menunjukkan bahawa Allah melarang daripada amalan tersebut.

Kerana itu, Rasul-Rasul atau nabi Allah, seperti Nuh, Hud, Salleh, Lut, dan Shuaib, diketahui tidak ambil upah dalam sampaikan agama Allah. Ada berbilang ayat al-Qur’an yang meriwayatkannya. Antaranya, lima yang berikut:

“Kemudian jika kamu berpaling, aku (Nuh) tidak minta kepada kamu sebarang upah. Upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim.” (10:72)

“Wahai kaumku, aku (Hud) tidak minta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu faham?” (11:51)

“Aku (Salleh) tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.” (26:145)

“Aku (Lut) tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.” (26:164)

“Aku (Shuaib) tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.” (26:180)

Upah sampaikan pelajaran agama terletak hanya ke atas Allah. Manusia tidak perlu bayar upah, gaji atau ganjaran kepada orang-orang yang berkenaan.

Nabi Muhammad juga didapati tidak ambil upah dalam sampaikan agama, atau sampaikan al-Qur’an. Ayat-ayat yang berkaitan boleh dikatakan banyak, dan di bawah ini adalah tiga sahaja:

“Kamu (Muhammad) tidak minta upah untuknya; ia tidak lain hanya peringatan bagi semua alam.” (12:104)

“Katakanlah (Muhammad), ‘Aku  tidak minta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang hendak akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan.'” (25:57)

“Katakanlah (Muhammad), ‘Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu.'” (34:47)

Justeru, Nabi Muhammad adalah tidak seperti orang-orang yang, pada hari ini, ajar atau menceramahkan agama, lagi menegaskan betapa pentingnya kasih akan baginda dengan mentaati “sunnahnya”, tetapi mereka ambil upah pula untuk menyara diri dan keluarga dengan selesa.

Seperti itu juga amalan nabi-nabi sebelum Muhammad. Semua tidak ambil sebarang upah lalu mereka dapat petunjuk. Firman-Nya:

“Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian….. Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, ‘Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'” (6:89-90)

Sesungguhnya, orang-orang yang mengambil upah untuk mengajar atau menceramahkan agama tidak dapat petunjuk yang benar, dan mereka tidak seharusnya diikuti oleh orang-orang yang dengarkan mereka. Firman-Nya:

“Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.” (36:21)

Kerana mereka tidak dapat petunjuk yang benar, dan umat ikutinya dengan kasih, maka agama Islam pada hari ini tidak jadi seperti yang diajar di dalam al-Qur’an. Islam tidak jadi suci lagi dan kelihatan berada hanya di bibir sahaja.

Telah timbul satu pertanyaan daripada mereka yang mengambil upah, iaitu bagaimana pula hendak menyara hidup diri dan keluarga tanpanya? Pertanyaan itu terjawab dengan wujudnya sebuah ayat al-Qur’an mengenai suatu kisah daripada riwayat hidup nabi Musa, berbunyi:

“Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, ‘Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami.'” (28:25)

Nabi Musa telah menolong memberi minum kepada ternakan yang digembala oleh dua orang perempuan adik-beradik di Madyan, kerana bapa mereka sangat tua. Atas usahanya itu dia diberi upah oleh bapa adik-beradik tersebut, dan dia menerimanya.

Baginda telah menerima upah bukan atas pengajaran agama tetapi usaha yang dititikpeluhkan ke atas yang selain daripada itu. Maka, orang-orang yang menyampaikan ajaran agama, pada hari ini, haruslah menyara hidup mereka dan keluarga dengan bekerja keras seperti orang lain, misalan, jadi guru bahasa Arab supaya al-Qur’an dapat difahami, atau jadi penternak, peniaga, pedagang, petani, nelayan atau kerja-kerja lain yang bermanfaat kepada manusia, tetapi bukan ajar atau menceramahkan agama.

Dalam agama Islam yang sebenar, orang-orang diberi upah untuk mengajar agama tidak wujud. Didikan agama terletak di tangan ketua keluarga, atau bapa, seperti firman Allah yang berbunyi,

“Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri-diri kamu dan keluarga kamu daripada Api yang bahan bakarnya manusia dan batu” (66:6).

Pihak bapa pula harus jadi orang yang tahu al-Kitab kerana mempelajarinya, bukan jadi hamba kepada Nabi. Firman-Nya:

“Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, ‘Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah.’ Tetapi, ‘Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya.'” (3:79)

Untuk dapat petunjuk selanjutnya, atau memantapkan lagi petunjuk padanya, dia harus mendengar semua pendapat atau ucapan orang lain, dan ikut yang paling baik daripadanya. Maksud firman Allah:

“Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.” (39:18)

Dengan cara itu, umat tidak dirugikan di sakunya, dan yang lebih utama, Islam tidak dibengkokkan oleh orang-orang yang mengambil upah, gaji atau ganjaran dalam ajar atau menceramahkan agama, yang kumpulannya jadi semakin besar dan berkuasa dari semasa ke semasa.

(Sila rujuk Bahana didikan agama tanpa petunjuk. Terima kasih.)

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s