Simbol Salib Pun Jadi Satu Hal!

Susah benar dengan orang Melayu-Islam kita ni! Mereka kadang-kadang memfokus kepada benda yang paling remeh-temeh dan buat hal besar. Cuba baca cerita ini mengenai lima puluh orang Melayu-Islam yang memprotes tentang satu gereja mempamerkan salib mereka.

Kenapa sampai jadi begini? Sila baca karangan saya:

Sekali lagi orang Islam melakukan jenayah terhadap rakyat jelata di Malaysia. Pada saya, kaum yang menjadi mangsa terbesar tindakan tidak waras ini tak lain dan tak bukan adalah orang Islam sendiri. Mengapa saya berfikir begini? Kerana, semakin lama, semakin sempit mentaliti orang Islam. Mereka telah menyamakan (equivocation) agama islam dengan perang di antara simbol-simbol dan menganggap simbol itu sebagai objek sembahan. Mereka tidak memahami apa itu fungsi simbol dan dari mana datangnya simbol mereka sendiri.

Sebelum kita mendalami isu ini, mari kita sama-sama fikirkan: apa itu simbol? Jika kita memandu kereta dan kita melihat papantanda merah dengan tanda ‘-‘ dalam warna putih, kita akan tahu yang papantanda itu bertujuan memberitahu kita yang kita tidak boleh memasuki jalan tersebut (no entry sign)/ Jika papantanda itu difahami secara literal (atau secara zahiri dalam bahasa ‘Islam’), kita akan menjangkakan yang dalam jalan tersebut ada banyak ‘-‘ yang berwarna putih. Jangkaan ini sememangnya tidak masuk akal tetapi inilah yang sebenarnya berlaku di Taman Medan tempoh hari.

Lebih kurang lima puluh orang Islam telah memprotes secara aman terhadap sebuah gereja yang mempamerkan sebuah salib di bangunannya. Kononnya, pemeran salib ini ‘mencabar umat Islam’. Adakah dengan hanya mempamerkan satu simbol daripada agama lain, umat Islam tercabar? Betapa dangkal dan ceteknya pemikiran sebegini!

Bagaimana pula dengan simbol yang biasanya dikaitakan dengan agama Islam? Kepada umat Islam yang alirannya Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, simbol yang lazim mereka gunakan adalah simbol bulan sabit dan anak bintang. Simbol ini dikenali di seluruh pelusuk dunia Islam dan juga digunakan pada papan tanda jalanraya untuk menandakan yang ada masjid yang berdekatan. Tetapi adakah simbol bulan sabit dan anak bintang ini semangnya simbol yang asli daripada Allah?

Jikalau kita mengkaji Al-Quran, ia sememangnya tiada pengesyoran tentang apa sepatutnya menjadi simbol agama Islam. Ini adalah kerana Al-Quran tidak mengajar yang islam itu adalah monopoli mana-mana insitusi. Islam adalah prinsip yang beroperasi dalam banyak agama dan tradisi. Bukan sahaja itu, Al-Quran juga menghormati kepelbagaian dalam bahasa (Surah 30, Ayat 22) dan juga dalam melakukan ritual (22/67). Simbol-simbol langsung tidak menjadi isu dalam skop Al-Quran.

Daripada sudut As-Sunnah yang sememangnya hanya pendapat ulamak sahaja, terdapat hanya bukti berikut:

Terdapat sebuah riwayat dari Ibnu Yunus bahwa ada seorang sahabat bernama Abul Kanud, Sa’d bin Malik al-Azdi, beliau pernah bertamu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memasangkan sebuah bendera untuk dia bawa kepada kaumnnya. Bendera itu berwarna hitam, bergambar bulan sabit putih. (al-Ishabah, 3/72)

Daripada isi kandung riwayat ini pun, jelas yang bendera ini bukanlah satu perkara lazim yang dilakukan Rasulullah. Jika demikian, sudah tentu ia perkara yang diulangi. Lagipun menurut ulamak, riwayat ini adalah ‘daif’ (iaitu bukan otentik atau asli).

Sarjana-sarjana Islam juga berpendapat yang ‘lambang bulan sabit dan anak bintang, tidak pernah dikenali pada zaman Nabi mahupun sahabat. Bahkan belum dikenal di zaman daulah Umayah. Ada yang mengatakan, pertama kali muncul di zaman empayar Ottoman Turki (sekitar abad ke-13 M).

Juga, menurut ulamak, meletakkan gambar bulan sabit dan anak bintang di atas menara-menara masjid, termasuk bid’ah (sesuatu yang baru). Para penguasa empayar Ottoman Turki menggunakan lambang ini sebagai lambang rasmi dengan meniru lambang istana di romawi. Kejadian awal mulanya, bahwa Paulus al-Maqduni ayah dari Iskandar Akbar pernah menyerang konstatinopel bersama pasukannya. Di beberapa malam penyerangan, mereka berhasil mengalahkan penduduk negeri itu, dan mengusir mereka. Kejadian itu bertepatan dengan waktu sahur. Lalu mereka merasa optimis dengan waktu itu, dan menjadikan gambar hilal (bulan sabit) sebagai lambang resmi mereka, untuk mengingat peristiwa itu. Lambang inipun dipakai di berbagai istanah, kemudian ditiru Ottoman Turki, ketika mereka berhasil mengalahkannya. Kemudian lambang itu masuk ke negeri Qazan. (at-Taratib al-Idariyah, al-Kittani, 1/265).

Daripada maklumat di atas, amatlah jelas bahawa simbol umat Islam sendiri iaitu bulan sabit dan anak bintang tidak berteraskan kedua-dua sumber asli hukum Islam Tradisional, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kenapa umat Islam tidak tercabar dengan simbol ini pula? Tidak terpesongkah akidah umat Islam bila kita mengidentitikan simbol ini dengan sesuatu agama? Jika tidak, mengapa kita hilang akal apabila simbol salib digunakan untuk menandakan fungsi sesuatu bangunan?

Sebenarnya, apa yang telah berlaku ialah kita umat Islam telah mempertuhankan simbol. Tuhan dan agama adalah konsep-konsep yang bukanlah boleh dihadkan kepada sesuatu simbol sahaja. Ketaksuban kepada simbol telah membuat orang Islam mengikut anasir-anasir politik yang membuat kekacauan ini hanya untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu penting yang sedang menganggu ketenteraman negara.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Simbol Salib Pun Jadi Satu Hal!

  1. rahim berkata:

    akibat jahil agama sendiri dan tak layak pun nak claim ISLAM or muslim mcm tu, memalukan, org punya believe dan simbol pun nak buat kecoh, hancusss so called muslim di Malaysia ni….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s