Surah Anfal dan Taubah Sebenarnya Satu Surah!

Dari bangku sekolah, ustad dan ustazah memberitahu kita yang Surah At-Taubah adalah satu-satunya surah yang dibacakan tanpa basmala (formula ‘bismillahir rahmaanir raheem). Apa sebabnya, mereka pun tak pasti. Ada yang mengatakan yang Surah ini adalah mengenai perang jadi nama-nama Ar-Rahmaan dan Ar-Raheem yang diterjemahkan sebagai Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani tidak sesuai.

Saya menolak penjelasan ini di atas beberapa sebab:

  1. Nama-nama ar-rahmaan dan ar-raheem juga berkaitan dengan aspek Allah sebagai Tuhan yang berkuasa. Maryam meminta perlindungan daripada ar-rahmaan (inni a’dzubir rahmaani minka – 19/18) dan ar-rahmaan lah yang menunjukkan kemarahan kepada yang mengatakan Tuhan mengambil anak (19/88-91). Ar-raheem pula digandingkan dengan al-azeez (al-azeez ar-raheem) yang menunjukkan kuasa dan kebesaran Allah. Jadi konsep ‘Maha Pemurah’ dan ‘Maha Mengasihani’ itu bukanlah bermaksud tiada unsur-unsur agresif.
  2. Ada surah-surah lain yang membincangkan perang seperti Surah Al-Qital (surah 47) dan Surah Al-Fath (surah 48). Surah-surah ini ada pula basmalah dan tak pernah dipersoalkan ulamak ASWJ untuk menggugurkan basmalah mereka.

Jadi mengapakah sebenarnya Surah At-Taubah tiada basmalah? Sebabnya mudah saja – kerana At-Taubah bukanlah surah yang tersendiri tapi adalah sebahagian daripada Surah yang sebelumnya iaitu Al-Anfal. Bagaimana kita boleh mendapat fahaman ini? Mudah saja – kerana Surah At-Taubah tiada basmalah dipermulaannya. Kalau tiada basmalah, bagaimana pula kita fahami yang ia surah baru?

Mungkin pengkritik akan mengatakan yang rumusan ini adalah logik pusingan (circular logic) kerana saya sendiri yang memberi deduksi yang (tiada basmalah = bukan surah baru) tetapi ia bukanlah begitu kerana ada dalil dari AQ sendiri yang boleh ditafsirkan untuk menyokong fahaman ini:

17:106. Dan sebuah al-Qur’an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.

Perhatikan yang ayat ini mengatakan yang ‘kami bahagi-bahagikan’ iaitu Tuhan yang bahagikan. Jadi kalau ‘kami’ yang bahagikan, sudah tentulah ia dengan nama Tuhan sendiri, atau dalam bahasa Arab, ‘bi ismi Allah’ iaitu bismillah.

41:2. Satu penurunan daripada Yang Pemurah, Yang Pengasih.

41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur’an bahasa Arab bagi kaum yang tahu

Perhatian di atas yang penurunan kitab adalah daripada ‘yang pemurah yang pengasih’ (ar-rahmaan ar-raheem). Jadi tiap-tiap kitab boleh dikatakan bermula dengan nama-nama ini, iaitu bismillah juga.

  1. Kitab yang diwarkahkan daripada Sulaiman kepada Ratu Saba juga adalah dengan ‘bismillahir rahmaanir raheem’ (27/30).

Maka kita dapat lihat yang basmalah ini adalah permulaan. Permulaan apa? Kitab-kitab. Di manakah kita boleh dapati kitab-kitab ini? Sila lihat 98/2-3 iaitu rasul yang membacakan dari mukasurat-mukasurat yang disucikan. Di dalamNYA adalah kitab-kitab yang berdiri sendiri. Maka dalam Al-quran sendiri adalah kitab-kitab yang bermula dengan basmalah.

Satu lagi hujah untuk menguatkan hipotesis yang Al-Anfal dan At-Taubah itu satu surah ialah dari segi topik dan tema. Anfal bermula dengan tema Allah dan Rasulnya (8/1) dan Tauba pula berakhir dengan tema yang sama , iaitu rasul dalam 9/128 dan Allah dalam 9/129. Permulaan dan pengakhiran surah yang berbentuk ‘wrap up’ sebegini menunjukkan yang Anfal dan Tauba adalah satu surah.

Kedua, cuba kita lihat ‘transition’ dari akhir Anfal (8/75) ke permulaan Tauba (9/1). Ia adalah scenario yang sama saja sebenarnya. Seksyen ini bermula daripada 8/70 (panggilan kepada nabi) dan menunjukkan yang nabi sudah ada masjid al-haram (ruang yang selamat). Kerana itulah 8/75 ada konsep penghijrahan. 9/1 pula adalah perjanjian kedamaian orang-orang menutup ide ruang selamat ini. Baca Tauba seterusnya sampailah ke ayat 22 dan lihat bagaimana konsep yang sama dikembangkan.

Sebenarnya, yang member logik pusingan ialah orang yang mengatakan Anfal dan Taubah adalah satu surah kerana mereka tiada pun dalil dari AQ tetapi mengangkat dalil sendiri daripada ulamak. Jadi autoriti mereka yang mensahihkan hujah sendiri. Itulah definisi logik pusingan.

Saya rasa cukup jelas dengan hujah-hujah di atas yang Anfal dan Taubah adalah satu surah. Surah Anfal/Tauba sebenarnya adalah kitar hidup (life cycle) sistem Tuhan dan berteraskan kedamaian dan keadilan.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Surah Anfal dan Taubah Sebenarnya Satu Surah!

  1. Politicalamity9 berkata:

    jadi 17:106 juga menidakkan hikayat yang menyatakan Quran diturunkan secara berperingkat dan Nabi Muhammad itu sendiri buta huruf?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s