Syariat and Umat Nabi Muhammad – Analisa Dari Bacaan AQ

Saya tak terkejut sama sekali apabila memikirkan tentang konsep-konsep dalam tajut di atas – Syariat dan Umat Muhammad. Sememangnya orang Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)  akan berpegang kepada kedua-dua konsep ini. Ini adalah kerana Nabi Muhammad adalah tokoh utama dalam dunia Islam mereka. Tidak hairanlah yang mereka mengiktiraf yang kita ini dari Umat Muhammad dan mesti mengikut Syariatnya.

Namun begitu, adakah kita mengikuti pandangan umum Al-Quran (AQ) kalau kita memakai kedua-dua konsep ini? Sekilas pandang, rasanya tidak. Mari kite tenungi fakta-fakta berikut:

1. AQ memang tiada frasa ‘Syariat Muhammad’ atau ‘Umat Muhammad’. Dengan fakta ini saja, adalah cukup untuk kita menolak kedua-dua konsep ini. Jikalau konsep-konsep ini penting, kenapa tidak dinyatakan dalam sumber pertama fikrah ASWJ iaitu AQ (seperti yang didakwa mereka).

Kalaupun mereka menjawab yang Nabi Muhammad memberi konsep-konsep ini dalam hadis, ini bermakna yang beliau tidak memberi perhatian kepada penggunaan bahasa AQ. Ini tidak boleh diterima kerana beliau sendiri mendakwa yang beliau mengikut AQ sebagai wahyu (10/15)

2. AQ ada frasa ‘ummatan wahida’ (umat yang satu), ‘ummatan muslima’ (umat yang mencari  keutuhan dan kekukuhan) dan ummatan wasat (umat yang seimbang). Hairannya, ‘umat Muhammad’ tidak disebut langsung. ‘Ummatan wahida’ adalah intipati manusia (seperti 2/213). ‘Ummatan muslima’ adalah umat yang perlu untuk menjayakan sistem ibrahim dan ismail (2/128). ‘Ummatan wasat’ pula adalah umat yang berjaya menjadikan kiblat mereka siratal mustaqim (2/142).

3. Mengenai kalimah ‘syariat’ pula, ia disebut beberapa kali tetapi tidak sebagai ‘syariat Muhammad’. Sebaliknya, ia disebut sebagai kata kerja (shara3a lakum – Dia telah mensyariatkan kepada kamu) di dalam ayat 42/13. Di dalam ayat ini, Si Pembaca (dulunya Nabi Muhammad) telah diarahkan untuk mengikut syariat nuh, ibrahim, musa dan isa dan ini dianggap sebagai mendirikan ad-din (iqam ad-deen).

Akhir kata, Nabi Muhammad bukanlah tokoh utama AQ. Sebenarnya, beliau hanya disebut dengan namanya empat kali (3/144, 33/40, 47/2 dan 48/29). Ada yang mengatakan yang kalimah ‘ahmad’ (61/6) juga merujuk kepadanya (saya tidak setuju) tetapi kalapun kita menerima tafsiran ini, Nabi hanya disebut lima kali. Ini berbanding dengan tokoh-tokoh utama AQ iaitu musa, ibrahim, nuh dan isa yang disebut berpuluh kali. Nabi sendiri diperintahkan untuk mengikut kisah-kisah mereka (16/123). Eloklah kita berbuat demikian juga.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Syariat and Umat Nabi Muhammad – Analisa Dari Bacaan AQ

  1. Ezra berkata:

    Nabi muhammad mencontohi gerak kerja nabi ibrahim dalam menegakkan din islam.. qs 6:161

    “Katakanlah sesungguhnya aku telah ditunjuki kepada jalan yang lurus, agama yang hanif, agama ibrahim……

    Dan ini juga yang dilakukan oleh nabi musa dan nabi isa..

    Apa yang nabi muhammad ambil contoh daripada nabi ibrahim? Iaitu perjalanan 6 fasa dalam menegakkan din.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s