Dunia Huru-hara Walaupun Tuhan ‘Disembah’

Oleh Iskandar Zulkarnain

Setiap penganut agama menyembah Tuhan yg mereka percaya Tuhan yg Esa, yang menciptakan mereka dan seluruh alam semesta. Tuhan inilah yang dikatakan sebagai asbab dan tujuan mereka diciptakan di dunia ini, tidak lain hanya utk disembah. Itulah Tuhan pelbagai nama, Tuhan yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Jika Tuhan itu Maha Pemurah dan Penyayang;

Mengapa masih berlaku kezaliman di dunia ini?
Mengapa masih berlaku pergaduhan dan peperangan?
Mengapa disuatu sudut ada manusia yg hidup kaya dan senang-lenang, dan disuatu sudut lg manusia hidup dlm kemiskinan dan kebuluran?
Mengapa terlalu byk kacau bilau, kekacauan, jenayah, maksiat?
Mengapa berlaku kerosakan disana sini, pencemaran dan pelbagai kemusnahan?
Apakah manusia sudah kehilangan TUHAN???
God is missing. Somewhere. Don’t know His whereabout.

Dimana Tuhan ketika kamu memohon pertolonganNya?
Dimana Tuhan ketika kamu mohon kepadaNya utk menyelesaikan masalah kamu?
Dimana Tuhan ketika kamu mengharapkanNya menyelamatkanmu dan kaummu dari bala bencana dan kecelakaan?
Dimana Tuhan ketika kamu mengharapkan dunia ini menjadi lebih adil?
Apakah Tuhan datang menolong kamu dan menyelesaikan masalah kamu?

Maka berbondong-bondonglah manusia mencari jawapan kpd masalah mereka. Penyelesaiannya ialah bertanyakan kepada Pengurus agama Tohan yang dikenali dgn pelbagai nama dan gelaran seperti Paderi, Rabbai, Ustaz dan Sami-sami. Mereka mendabik dada sebagai manusia yg dilantik Tohan bg menyelesaikan 1,001 macam masalah manusia. Kata-kata mereka ibarat Kalam Tohan yang tidak boleh dipersoal, dikritik atau ditentang. Ditentang manusia pilihan Tohan ini, maka kelak kamu akan dituduh menentang Tohan. Akibatnya darah kamu menjadi halal. Mereka akan mencari jalan menangkapmu, memenjarakanmu dan membunuhmu atas nama Tohan. Andai terbunuh ketika menjalankan misi itu, maka mati mereka adalah syahid.

Berjuta bangunan yg dinamakan Rumah Tohan ini dibina dgn kepercayaan bahawa disitulah tempatnya kamu mencari Tohan, di rumah-rumahNya hasil dari derma yg dipungut dari manusia-manusia naif yg mencari kekuatan dan keyakinan utk hidup bertuhan di dunia. Apakah Tohan perlukan Rumah? Apakah bumi ini tidak cukup luas utk dijadikan madah tempat menjalankan ibadah?

Agama sebagai instrumen memasarkan produk KETAKUTAN kepada manusia.

Ketakutan. FEAR.

Agama palsu direka oleh manusia utk menjadikan manusia takut kepada Tohan. Ianya adalah konsep hierarki autoritarian direka untuk menguasai kehendak fitrah manusia. Mereka adalah struktur kuasa yang bertujuan untuk meyakinkan kamu untuk memberikan kuasa kepada mereka untuk mengambil kesempatan dan manfaat daripada perbuatan mendominasi dan menakluk manusia yg lain.

Agama yang sangat berkesan dapat menukarkan makhluk yg dinamik spt manusia menjadi binatang ternakan yang taat membabi buta seperti lembu dan biri-biri. Mereka antara alat yang paling berkuasa mengawal manusia. Mereka beroperasi dengan menghakis kepercayaan anda terhadap kemampuan akal dan secara beransur-ansur meyakinkan anda untuk meletakkan kepercayaan anda kepada entiti-entiti yang tidak berkaitan dgn Tohan seperti dewa-dewa, nabi-nabi, tokoh yg diberi gelaran seperti ulama dan imam atau buku-buku yang hebat selain dari Kitab Tohan.

Sudah tentu instrumen ini biasanya dikawal oleh mereka yang mentadbir agama. Hanya dengan meyakinkan anda untuk memberi kuasa anda jauh kepada sesuatu yang di luar diri sendiri, agama akan merapikan anda menjadi lebih lemah, lebih jinak dan lebih mudah untuk dikawal. Agama-agama secara aktif menggalakkan proses lemah ini seolah-olah ianya satu perkara yg berfaedah, malah dijenamakan dan diperkuatkan dgn perkataan IMAN dan KEPERCAYAAN (FAITH). Apa yang mereka sebenarnya sedang mempromosikan sebenarnya adalah satu bentuk penyerahan (submission). Hakikatnya bukan penyerahan kepada Tohan, tetapi kepada entiti yg mereka angkat dengan gelaran sbg pengurus-pengurus agamaNya.

Itulah jenis agama karut yang disogok pada manusia. Mereka melatih kamu untuk melarikan diri dari keberanian, kekuatan dan tujuan hidup. Ini adalah kebodohan, bukan konsep ketuhanan yang sebenar.

Agama akan mengajar kamu untuk takut menjadi manusia yang berbeza, takut berdiri untuk diri sendiri dan takut menjadi seorang pemikir yg menggunakan akal yang dinamik yang dianugerahkan Tohan. Ia akan MENDOKTRINKAN akal kamu dengan memberikan alasan mengarut mengapa kamu tidak dapat menguruskan kehidupan dengan kepercayaan sendiri. Malah cara kamu berpakaian, makan, tidur dan sebagainya pun masih perlu ditentukan oleh mereka.

Alasan penganut TAKSUB agama palsu ini hakikatnya SAMA saja. Mereka akan mengatakan kamu tidak layak. Kamu berdosa. Kamu kotor. Kamu tergolong dalam kasta rendah. Kamu tidak memiliki petunjuk. Kamu tidak boleh membuat apa-apa keputusan dalam agama kerana kamu tidak diiktiraf. Kamu bukan paderi, rabbai, ulama atau sami, atau seangkatan dengannya. Kamu syiah. Kamu wahabi. Kamu murtad. Kamu, kamu, kamu… Senarainya panjang esok lusa pun belum tentu akan selesai.

Sudah tentu penyelesaian yang diberikan penganut TAKSUB ini juga adalah SAMA – iaitu dgn menyerahkan semua URUSAN itu kepada kehendak pengurus-pengurus agama ini. Mereka akan membuatkan kamu percaya bahawa apa yg kamu miliki tidak mencukupi. Seperti disihir, kamu telah pun memberikan kuasa anda kpd manusia bertopeng ini. Ikutilah peraturan dan prosedur mereka. Hiduplah dalam ketakutan untuk sepanjang hidup kamu dan berharap semuanya akan baik-baik saja di pengakhirannya.

Apabila kamu mengamalkan kepercayaan seperti ini, maka sebenarnya kamu tinggal di bawah jubah ketakutan. Akhirnya jubah yang kamu pakai ini lama kelamaan menjadikan kamu selesa dan terasa begitu biasa hingga anda terlupa tentang jubah ketakutan itu. Ia sangat menyedihkan apabila kamu mencapai titik di mana anda tidak boleh ingat bagaimana rasanya memegang kebebasan kreatif ke atas hidup anda sendiri, bebas dari cengkaman fahaman manusia beragama yg lari dari kehendak Tohan.

Islam bukan Agama.
Islam adalah Ad-Deenullah.

Tauhid lawannya Syirik
Ad-Deen membawa kepada Tauhid (Penyatuan)
Agama membawa kepada Syirik (pecah belah).

Kembalilah kepada konsep Islam yg sebenar-benarnya.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Isu-isu Quranisme and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s