Sendiri Petik, Sendiri Tak Baca!

Sebenarnya susah kita nak lari daripada ayat Allah. Teringat saya dulu semasa zaman pertengahan 90an, masa saya masih lagi ASWJ, bukti yang AQ adalah sumber unggul untuk umat Islam begitu nyata tapi kerana kedegilan qalb/hati saya, ia tak dapat menerima kenyataan. Seperti kata Yoda dari siri fiksyen sains Star Wars, ‘you must unlearn what you have learned’ (kamu mesti melupakan apa yang telah kamu pelajari).

Berbalik kepada topik kita, saya memikirkan ASWJ yang memetik ayat untuk dibuat hujah tapi mereka sendiri tidak membacakan ayat-ayat itu. Akhirnya, ayat itu tidak membuktikan posisi mereka tapi posisi Quranis. Berikut adalah contoh:
(nota: Saya akan guna terjemahan ‘rasmi’ ASWJ dari quran.com supaya tidak kontroversi)
1. Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu) (29/48).

Komen: perhatikan frasa ‘sebelum turunnya Al-Quran ini’. Ini adalah terjemahan asal dari frasa ‘min qablihi’ dalam teks asal. Kenapa perlunya frasa ini kalau Nabi buta huruf seluruh hidupnya?

Kalau kita pakai maksud buta huruf pun, Nabi hanyalah buta huruf sebelum penerimaan Al-Quran sahaja. Saudara-saudari ASWJ perlu membaca dengan lebih teliti, rasanya.

 

2. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). (4/69)

Ayat ini pula dipetik untuk mengatakan yang kita perlu taat kepada Rasul dan dengan implikasi yang hadis itu daripada Rasul sendiri.

Malangnya, orang yang memetik ayat ini tidak membaca yang di antara golongan yang mentaati rasul adalah nabi-nabi! Jika Muhammad ibn Abdullah itu seorang Nabi, maka dia perlu mentaati rasul dan hadis rasul! Ini adalah konklusi yang amat menghairankan.

Sebenarnya, mentaati rasul adalah aspek kedua mentaati Allah. Inilah sebabnya sesiapa yang mentaati rasul (in present tense), dia telah mentaati Allah (in past tense) iaitu di ayat 4/80. Maka Muhammad sendiri perlu mentaati Allah dengan mentaati mesejnya.

Nasihat saya kepada Saudara/Saudari ASWJ. Sila baca ayat dengan teliti sebelum membuat deduksi. Terima kasih.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s