Guna Hadis Nak Kritik Hadis – A Satu Percanggahan Logika?

Terkilan saya beberapa hari yang lepas apabila, dalam satu debat mengenai penulisan hadis pada zaman awal Islam, seorang aktivis ASWJ menolak hujah saya kerana saya sendiri tak menerima sumber selain AQ.

Hujah saya begini, pada zaman Khalifah Umar ibn Al-Khattab, dia mengharamkan penulisan hadis kerana ia akan melekakan umat Islam daripada mempelajari dan mempraktikkan Kitabullah iaitu AQ sendiri. Maklumat ini adalah dalam sumber ASWJ sendiri (kompilasi maklumat ini boleh didapati di sini tapi sila periksa sumber asal). Jadi, jikalau sahabat Nabi yang menjadi khalifah tidak mengambil peluang di mana sahabat-sahabat masih hidup untuk merekodkan semua hadis yang benar, maka hadis bukanlah satu sumber dalam Islam. Bayangkanlah, AQ tak difahami dengan tiadanya hadis maka adalah wajib bagi sahabat-sahabat menerbitkan satu koleksi yang sahih. Ini tidak, koleksi-koleksi sahih hanya muncul DUA RATUS TAHUN kemudian. Samalah seperti kita di tahuan 2014 menerbitkan hadis tentang Francis Light and Sultan Kedah seolah-olah kita tahu apa percakapan mereka!

Tapi, rakan debat ASWJ saya tidak setuju. Dia menyangkal hujah saya dengan mengatakan yang jika saya menolak sumber-sumber ASWJ, saya tak patut menggunakannya. Sangkalan ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut:

Saya tidak beriman kepada sumber-sumber ini. Kalaupu saya merasakan bahawa maklumat ini benar, ia bukan dalam iktikad saya. Ia hanya maklumat sejarah daripada sumber ASWJ, itu fakta yang penting.

Dalam hukum logika, ini dipanggil ‘argument by currency’ iaitu hujah yang dikemukan kerana lawan kita dalam debat menerima sumber itu. Kerana lawan debat saya menerima sumber-sumber yang mengatakan Umar mengharamkan penulisan hadis, maka saya mengemukakannya kepada beliau. Beliau ASWJ yang tak dapat menolak sumber sendiri. Jikalau beliau beragama lain, terpaksalah saya mencari hujah lain.

Sama juga seperti konsep matawang (‘currency’ dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai ‘matawang’). Jika kita di Malaysia, kita terpaksa menggunakan Ringgit Malaysia (RM). Mungkin juga matawang Barat diterima tapi tidak di kebanyakan tempat. Tapi matawang lain akan ditolak.

Kesimpulannya? Gunakan hujah biar bertempat. Kita perlu memastikan yang lawan kita dalam debat itu menerima sesuatu sumber sebelum kita menggunakannya.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Hadith and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s