Fikir-fikir Tentang Amerika Syarikat, Al-Bayt dll

Oleh Siluman Angkasa

AMERIKA SYARIKAT, AL-BAIT, NABI IBRAHIM, NABI DAUD, NABI SULAIMAN DAN KHALIFAH

Berfikir sejenak.

AMERIKA SYARIKAT adalah sebuah negara baru selepas tahun 1500M.

Golongan Uncle Sam ini berhijah mencari AL-BAIT 19:48-49 baru untuk dijadikan kediaman bagi kumpulan mereka yang tidak terikat dengan pemerintahan Eropah.

Mereka seolah-olah membawa diri, memencilkan diri, mengasingkan diri (Mu’tazil) dari cengkaman Eropah. Sama seperti Sunnah Nabi Ibrahim yg memencilkan diri mencari kawasan baru 29:26. Juga Ashabul Kahfi 18:16.

Lalu Amerika Syarikat membentuk MASJID/SISTEM mereka sendiri yg berdiri atas nama White House. Yang mana ia menjadi tempat untuk mereka merangka agenda Negara, Masyarakat, Komuniti, dan bukan pula tempat beritual sebagaimana sejarah Gereja yg pernah merudumkan bangsa mereka seketika dahulu. Khayal dan mabuk sehingga menutup akal.

Di saat teknologi Uthmaniyyah kian karam disebabkan sengketa Mazhab pada abad 1400-1500M, maka bangsa Anglo-Saxon ini membina kekuatan di satu tempat yang ideal, aman, selamat (aamineena) 48:27.

Selepas mereka membina tamadun di tanah Al-Bait itu, mereka terus membina teknologi-teknologi perhubungan seperti Kapal Terbang (baca: Teknologi Nabi Sulaiman 21:81), kenderaan-kenderaan moden, dan teknologi keselamatan seperti “Jet Pejuang & Kereta Kebal” 105:1-5, Kapal Selam 21:82 dan sebagainya.

Mereka mara menjadi KHALIFAH (sebagimana Nabi Daud 38:26) di bumi dengan mara kepada fokusnya menguasai Sistem Kehidupan Manusia di Dunia.

Akhirnya ramai yg tunduk kepada kehendak dan hawa nafsunya dan tidak mampu buat apa-apa pun.

Malang lagi disaat mereka dapat membina senjata hebat, mara menjadi Khalifah, maka di Bumi Arabia (Arab Saudi) masih lagi bersengketa mazhab antara Wahabi dan Asya’irah lalu berlaku bunuh membunuh, fasad demi fasad 6:65 6:159 7:168 30:32. Merudum jatuh bagai zaman gelap eropah. Berbunuhan dengan tingginya sifat ego takbur atas pendirian itu. Bahkan di Malaysia dewasa ini, sentimen kebencian puak ini amat menebal sekali.

Tambah parah sengketa antara Sunni-Shi’ah tidak pernah luput…

Maka, layaklah azab Allah turun kepada mereka yg derhaka…

Dibersihkan oleh Allah untuk digantikan dengan umat yang baru. Yang lebih cinta padaNYA….

Allah Al-‘Azeem. Maha Berkuasa Ia. Dan Maha Bijaksana Ia.

Tiada Tuhan melainkan Dia.

Apa yang mereka sekutukan itu, benda itulah yg akan memakan mereka.

Kerana Janji Allah memberi Khalifah kepada orang beriman, hanya apabila mereka MENTAUHIDKAN ALLAH dengan sebenar-benarnya tanpa menyekutukannya dengan sesuatu apa pun 24:55.

Dialah yg menurunkan Kitab sebagai pedoman. Maka semuanya lalai dari PeringatanNya. Tiada guna mengingati diriNya, tetapi melupakan PeringatanNya.

Tiada guna mengingati diriNya, tetapi melupakan PeringatanNya….

Tiada guna mengingati diriNya, tetapi melupakan PeringatanNya….

Tiada guna mengingati diriNya, tetapi melupakan PeringatanNya….

Akhirnya,

Pada Tuhan sahaja, ditumpukan segala Sanjungan.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran, Politik and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s