Menjawab Isu Al-Quran Turun Sekaligus

Saya ternampak hujah ini mengenai isu penurunan Al-Quran:

1. Benarkah Al-Quran diturunkan sekaligus ke dalam dada Nabi Muhammad?

Jawapan : Tidak benar. Ini kerana di dalam Quran telah menerangkannya;

Terjemahan AQ25:32. Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”

“Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil.”

Ini menunjukkan orang-orang kafir pada zaman Nabi Muhammad telah berhujah menolak Quran dengan mempertikaikan mengapa Quran diturunkan secara beransur-ansur. Di antara sebab Quran diturunkan secara berperingkat adalah kerana sebagai mukjizat melemahkan hujjah orang-orang kafir.

Jawapan saya: Apa yang mukjizat sangat yang AQ turun berperingkat? Tak ada mukjizat pun yang disebut dalam ayat di atas. Jawapan dalam ayat itu begini – AQ diturunkan berperingkat kerana untuk menguatkan hati si Pembaca (Rasulullah adalah pembaca pertama). Penyusunan AQ yang dilakukan Allah sendiri (rattalnahu tarteela) akan menolong process penurunan ini.

Tapi apakah penurunan ini? Adakah ia penurunan teks (iaitu ayat-ayat AQ seperti dikatakan Ahl As-Sunnah Wal Jamaah) atau penurunan maksud? Mari kita baca konteks 25/32 untuk memahami isu ini. Kita bermula dengan dua ayat sebelumnya, iaitu ayat terkenal, 25/30:

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini  yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

Di sini, begitu jelas yang seluruh AQ yang dimaksudkan. Kaum Rasulullah iaitu kita sendiri telah meninggalkan AQ. (Hairan, hadi dan sunnah tidak disebut). Kita lihat ayat seterusnya, 25/31:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmumenjadi Pemimpin  serta menjadi Penolong

Frasa ‘dan demikianlah’ (wa kadhalika) menunjukkan kaitan langsung (direct connection) dengan ayat sebelumnya, 25/30. Musuh-musuh tiap-tiap Nabi akan berusaha untuk membuatkan kaumnya meninggalkan kitab yang dibawa. Bukan sepotong ayat atau satu surah.

Setakat bacaan di atas, kita telah ada kitab iaitu Al-Quran. Bukan satu ayat atau surah tapi seluruh AQ. Jadi sebelum kita ke ayat sasaran kita iaitu 25/32, eloklah kita mengingati hakikat ini. Mari kita lihat 25/32:

Dan orang-orang yang menolak berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu

Kalimah ‘orang-orang yang menolak’ (alladhina kafaroo) adalah dalam ‘past tense’ iaitu mereka telah menolak. Menolak apa? Bacalah kembali konteks. Mereka menolak seluruh kitab AQ seperti yang difirmankan oleh 25/30-31. Jadi hujah mereka dalam 25/32 adalah begini – kami menolak AQ kerana maksudnya tak difahami sekaligus. Maka Allah menjawab yang penurunan maksud beransur-ansur dalam untuk menguatkan hati. Penyusunan AQ pula akan membantu proses ini.

Ayat terakhir dalam analisa kita akan membantu menguatkan fahaman ini. Sila baca 25/33:

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu misalan  melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya

Mengikut bacaan konteks, orang yang tidak mempercayai kepada AQ akan membawa misalan lain. Namun begitu, Allah akan membawa kepada kita kebenaran dan yang sebaik sebagai tafsir. Proses ini datang dengan pemahaman maksud ayat, bukan dengan kedatangan ayat kepada Rasulullah. Cubalah sendiri. Bawalah misalan lain untuk erti kehidupan dan kalau anda biasa membaca AQ, lihatlah sendiri bagaimana AQ akan lebih terbuka bagi anda. Proses ini adalah tak mengira masa atau tempat.

Sebenarnya AQ datang sekaligus sebagai kitab. Ini terbukti melalui ayat-ayatnya sendiri. Karangan-karangan berikut (pautan di sini dan sini, maaf Bahasa Inggeris) memberi hujah-hujahnya. Malangnya, Islam Tradisional perlu membuktikan yang AQ turun berperingkat untuk menentang tafsir al-quran bil quran dan untuk menguatkan hujah yang kita memerlukan sumber asbab an-nuzool (sebab-sebab penurunan ayat). Dengan ini, mereka akan mengempunyakan bidang tafsir. Sebenarnya , AQ diturunkan sekaligus dalam bentuk teks dan perlu dibaca begitu.

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s