Bolehkah Kita Bergantung Kepada Sumber-sumber Mengenai Rasulullah?

Lebih lima belas tahun dulu (semasa zaman mailing list, sebelum adanya bulletin boards pun, facebook jauh sekali), ada seorang pembenci Islam masuk dalam mailing list kami (dipanggil Rope List yang dikendalikan Pak Aidid Safar dan Cyber Rasul). Selalunya pembenci mudah saja menyerang Islam – dengan memetik hadis-hadis seperti ini (maaf, Bahasa Inggeris):|

Volume 4, Book 52, Number 256:
Narrated As-Sab bin Jaththama:

The Prophet passed by me at a place called Al-Abwa or Waddan, and was asked whether it was permissible to attack the pagan warriors at night with the probability of exposing their women and children to danger.
The Prophet replied, “They (i.e. women and children) are from them (i.e. pagans).” I also heard the Prophet saying, “The institution of Hima is invalid except for Allah and His Apostle.”

Jadi di sini, Rasulullah membenarkan orang Islam menyerang Musyrik walaupun orang wanita dan kanak-kanak mungkin tercedera atau dibunuh. Bukan saja itu, ‘hima’ dikatakan hanya untuk Allah dan rasulNya, adalah seperti perlindungan. Seperti jizyah versi ASWJ, institusi ini adalah macam ‘protection money’. Bayar, kalau tak akan diserang.

Hadis macam ini memang bercanggah dengan ruh Al-Quran (spirit atau overall meaning) yang mementingkan sifat belas kasihan terhadap manusia (Rasulullah dipanggil ‘rahmatan lil ‘alameen – 21/104)  tapi persoalan di sini ialah – bolehkah kita mempercayai sumber-sumber sebegini? Sebenarnya, sumber yang terawal muncul ialah SERATUS LIMA PULUH TAHUN selepas Rasulullah. Pada masa itu, empayar-empayar Islam telah lama wujud dan mereka terpaksa menggunakan Islam untuk menyokong ideologi kolonialis mereka. Hadis, tafsir dan sirah digunakan untuk tujuan salah. Kemunculan hadis pun kebetulan sama dengan zaman di mana Sunni dan Syiah berlumba-lumba mendapat sokongan Umat Islam.

Berbalik kepada cerita di atas. Kerana kami di Ropelist memang tak percaya hadis, jadi pembenci Islam itu menjadi alpa, tak tahu langkah seterusnya. Lantas dia menulis artikel ini:

http://answering-islam.org/Misc/tradition.htm

Bayangkanlah, Tuan-tuan dan Puan-puan. Musuh Islam ini menyuruh kita percayakan hadis. Hairan kan!

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Hadith and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Bolehkah Kita Bergantung Kepada Sumber-sumber Mengenai Rasulullah?

  1. Pak Man berkata:

    Tahniah Farouk. Ya, walaupun perjalanan kita sudah jauh – kita akan terus berjuang sehingga segala fitnah dapat dilenyapkan dan Deen Allah (mengikut kitabNya) dapat disempurnakan secara bebas. Kita telah berhadapan dengan bermacam-macam musuh dan juga tidak kurang menempuh cabaran-cabaran berhadapan dengan pihak berkuasa lebih dari 20 tahun – tetapi obor yang kita bawa sehingga sekarang belum boleh dipadamkan oleh sesiapa saja yang cuba jadi penghalang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s