Nabi Tidak Pernah Mengadakan Hubungan Intim KECUALI Dengan Isterinya SAHAJA

Antara isu menarik yang menjadi fokus utama golongan barat dan juga umat Islam hari ini yang terlalu dangkal dalam memahami hukum Islam mengenai Hukum Allah adalah perihal golongan hamba. Walaupun ada golongan hamba pada zaman Nabi, tapi ia bukanlah seperti yang disangka sebagai “hamba abdi”.

 

Antara hujjah yang digunakan mereka adalah seperti berikut:

 

Hujjah 1

 

dalam surah 23:5-7

 

Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;

Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;

Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu, mereka itu derhaka;

 

dalam ayat ini, perlu difahami apa maksud “kemaluan mereka”

 

jika dilihat pada maksud “kemaluan mereka” dalam alquran, ia bermaksud “lifurujihim” berasal dari kata asal “farj” yakni kemaluan, maka ia bermaksud “menjaga kemaluan”. jikalau dilihat pada ayat

 

24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga “kemaluan mereka”; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.

 

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga “kemaluan mereka”, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

 

dari sini, pada 24:30, diarahkan untuk tundukkan pandangan dan menjaga kemaluan adalah sudah pasti ada kaitan dengan pandangan nafsu dan juga “kemahuan nafsu”

 

pada ayat 24:31 diterangkan lebih jelas apabila dikaitkan sekali lagi dengan pandangan, jaga kemaluan dan juga hiasan.. 3 perkara yang bersifat “penjagaan” , ia bukan bersifat sesuatu yang dibolehkan, tapi ia bersifat “penjagaan” .

 

kecuali apabila bab perhiasan, Allah telah benarkan secara meluas yakni kepada beberapa golongan seperti atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka dan sebagainya

 

apabila bersifat penjagaan, bermakna perkara yang membolehkan mendatangkan fitnah, bukan perkara yang berdosa, maka untuk mengklasifikasikan “zina” sebagai fitnah adalah suatu yang tidak betul, kerana zina adalah dosa, bukan fitnah

 

Hujjah 2

 

siapakah malakat aimanukum ?

 

malakat = miliki

aimanukum = ?

 

aimanukum ditakrifkan secara literal sebagai “tangan-tangan kanan”, mari kita lihat ayat berikut

 

Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang “tangan kanan” kamu miliki, yang Allah beri kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain – Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki – supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih. [33:50]

 

kita hanya melihat pada perkataan isteri-isteri dan “yang tangan kanan kamu miliki beri kamu” , perlu dilihat maksud “Allah beri kamu” , bukan sekadar mengambil “malakat aimanuhum” , sepenuhnya adalah “malakat yaminuka mimma afaAllah” , dan bagaimana pula dengan lain2 ?

 

1. anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu

2. anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa

3. dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu

4. dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu

 

apakah Nabi juga bermakna Nabi dihalalkan kepada ke empat2 elemen di atas ? sudah pasti ia refer kepada golongan2 yang boleh dikahwini secara sah.

 

Hujjah 3

 

Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;

Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;

[23:5-6]

 

apabila melihat kepada konteks ayat ini, sama sahaja jika dikaitkan dengan 24:31 , kecuali bab perhiasan yang mana Allah telah longgarkan kepada beberapa golongan lain, bukannya dibolehkan untuk mengadakan hubungan intim seperti yang kita sangka.

 

sila lihat juga pada 4:3

 

Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya. [4:3]

 

dari sini jelas. malakat aimanikum bukanlah golongan yang boleh dibuat sesuka hati melainkan perlu “dikahwini” dahulu.

 

siapakah malakat aimanukum ?

 

sila lihat ayat berikut

 

Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang “tangan kanan kamu” miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita yang suci, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah  [4:25]

 

dan dari sini jelas , “tangan kanan” yang Nabi miliki adalah golongan yang “mukmin” , mana mungkin mereka merupakan seorang hamba abdi yang biasa-biasa . dan perlu meminta dengan izin keluarga dan diberi upah kahwin. sila lihat juga ayat berikut pula

 

Allah tidak pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itu penebus bagi “janji kamu” (aimanukum) apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih. [5:89]

 

dan sila lihat

 

Dan Allah lebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan serah rezeki mereka kepada apa yang “tangan-tangan kanan” mereka miliki supaya mereka jadi SAMA. Apa, dan adakah mereka sangkal rahmat Allah?

Allah buatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia buatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia rezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah? [16:71-72]

 

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.24:34. Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

 

1. jadi golongan malakat aimanukum juga adalah golongan yang telah “berjanji” dengan Nabi untuk bersama Nabi dengan Islam,

2.mereka adalah sama tarafnya dengan isteri-isteri yang lain

3.dan juga mereka adalah hasil tawanan perang, dan perlu dibebaskan, dengan mengadakan perjanjian dengan mereka supaya ia memberi kebaikan kepada mereka.

 

Jadi tidaklah hamba pada zaman Nabi itu disyariatkan sebagai “slave” seperti yang kita sangka, dan bukan dengan mudah untuk mengadakan hubungan intim sesuka hati.

 

Hujjah 4

 

jikalau mahu dikaitkan juga dengan lifurujihum sebagai menjaga kemaluan dari berzina, bagaimana pula ada perkataan dan hukum hukum zina dalam alquran ?

 

Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka. [24:2]

 

seterusnya, sila lihat ayat berikut

 

Dan perempuan-perempuan yang baik(al-muhsanati), kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikianlah Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana. [4:24]

 

Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin yang baik(al-muhsanati), dan menikahi wanita-wanita baik(muhsanati) yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi. [5:5]

 

dalam terjemahan biasa, muhsanati telah diterjemahkan kepada “berkahwin” , walhal dalam bahasa arabnya adalah dari kata akar “hasana” yakni baik ataupun murni. maka tidaklah Islam itu kejam untuk senang wenang melakukan hubungan intim melainkan dengan nikah yang sah. Dan jika dilihat pada 4:24, ada amaran “bukan dalam zina” , jadi jelaslah hukum Islam menghalalkan wanita bukan dalam “zina” tapi dalam ikatan perkahwinan.

 

Jadi jelaslah tiada satu buktipun dari alquran yang membenarkan Nabi untuk mengadakan hubungan intim walaupun kepada “malakat aimanuhum” (tangan kanan yang kamu miliki), kerana bagi saya, ini adalah satu pendustaan besar terhadap Nabi. Wallahualam.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Nabi Tidak Pernah Mengadakan Hubungan Intim KECUALI Dengan Isterinya SAHAJA

  1. nanamasruri berkata:

    ★ siapakah malakat aimanukum ?
    _________________
    ✔ AIMAAN : Tatahukum, 4:3, 4:36, 5:89, 6;109, 9:12, 16:38, dll, yaitu ketentuan hukum yang berlaku dalam islam disebut AIMAAN, begitu pula ketentuan hukum yang berlaku dalam keluarga karena terikat oleh pernikahan.
    ✔ MA MALAKAT AIMAANUKUM berarti apa atau siapa yang dimiliki tatahukummu karena terikat oleh perkawinan.
    ✔ Dalam hal ini termasuk mertua, ipar, anak tiri, saudara tiri, ibu tiri, ibu kandung, bapak tiri, bapak kandung, isteri, suami, anak kandung, menantu dan cucu.
    Jadi AIMAAN bukanlah budak, hamba, tawanan, janji, sumpah dan sebagainya.
    Mufradnya ialah YAMIIN, 33:52, 37;28, 39:67 dll.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s