Catatan Seorang Quranis (4): Syafa’at Nabi – Kenapa Kita Poyo Sangat?

Sebagai seorang Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) pada zaman remaja saya dulu, saya memang selalu berselawat kepada Nabi dan keluarganya. Kononnya, orang yang berselawat banyak-banyak akan mendapat syafaatnya dan akan dekat kepadanya pada hari kiamat kelak. Saya pun dulu kena jual dengan cerita ini. Jadi banyaklah saya berselawat masa itu.

Sampai masanya, saya berhadapan dengan masalah teologi (ketuhanan) berkenaan bab syafaat ini.. Kenapa kita perlu mendapat rahmat Tuhan melalui Nabi Muhammad pula? Bukankah Nabi datang untuk memberi kita jalan untuk berhubung terus dengan Allah? Takkan bila orang Arab dah buang Al-Laat, Manaat dan Uzza (kononnya tuhan-tuhan lama zaman Jahiliyah), mereka mengambil Muhammad pula jadi perantaraan dengan Allah pula?

Juga, tidak cukupkah rahmat Tuhan? Bukankah Tuhan itu Maha Permurah lagi Maha Mengasihani? Kalau dah ‘maha’ tu, kenapa perlu ada agen lain yang beri rahmat? Ini sama dengan menanggap yang Tuhan tak cukup berkuasa dan Nabi adalah ‘pemenuhan’ kuasanya. Memang payah konsep syafaat ini bila difikirkan dengan akal yang waras.

Lebih daripada itu, apabila kita membaca hadis-hadis tentang syafaat, amatlah menghairankan kerana walaupun sesorang itu penuh dengan dosa dan kemunkaran, syafaat Nabi boleh menyelamatkannya:

“Allah gave me the option of choosing between the power of intercession or having half of my Ummah admitted to Paradise without any reckoning. I chose the power of intercession because that is more important and will be more useful. Do you assume that my intercession is for the pious Muslims? No, on the contrary, it is for those sinners who are steeped in sins and have committed grave crimes.
Sunan Ibn Maajah, Baab Zikr ash-Shafa’ah. Vol. 1, Page 329
Musnad AHmad bin Hanbal, Vol. 2, Page 75

‘Without any reckoning’ (tanpa sebarang penghisaban) di sini memang bercanggah dengan Al-Quran secara terang berderang. Allah berfirman:

Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang – balasan apa yang telah DIKERJAKANNYA, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan. (39/70).

Memang tidak mungkin Nabi boleh melepaskan sesiapa pun. Cerita karut ini adalah fitnah ke atas Nabi. Janganlah kita mencari-cari benda yang tak ada. Buatlah amalan baik sesama manusia.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Hadith and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s