Catatan Seorang Quranis (3): Seorang Quranis Menyambut Raya Haji

Saya memang suka Hari-hari Raya Puasa dan Korban. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja dulu, masa-masa inilah yang paling meriah disambut bersama sanak saudara yang kembali ke kampung halaman. Awal-awal pagi lagi kami sudah bangun kerana berhajat menziarahi kubur nenek saya. Selepas itu, kaum lelaki akan ke masjid walhal kaum wanita akan menyediakan juadah raya untuk kami dan juga tetamu yang akan berkunjung. Rumah terbuka kami akan sesak sampai ke petang kerana masakan Mak saya yang memang tiada tandingnya.

Zaman itu telah lama berlalu. Sekarang ini, saya di perantauan dan terpaksa menyambut Hari Raya dengan sederhana saja. Tetapi hamdulillah saya bersyukur kerana dapat makan dan minum dan menikmati masa bersama rakan-rakan.

Catatan hari ini ialah berkenaan Hari Raya Haji. Sebagai seorang Quranis, saya tidak mempercayai yang sambutan hari raya haji ialah suruhan dari Allah. Tapi ni bukan masalah. Walaupun ada pengkritik dari ASWJ mengatakan yang Quranis tidak boleh menyambut Hari Raya, kerana ia tidak dinyatakan dalam Al-Quran. Ini satu sangkalan yang logiknya telah gagal sama sekali. ASWJ tidak diberitahu yang kita boleh berdakwah menggunakan internet atau menyambut hari kebangsaan masing-masing. Kenapa ulamak-ulamak yang gajinya dibayar kerajaan tidak lantang suara membantah sambutan-sambutan ini? Al-Quran itu sebagai ‘framework’ (rangka) pemikiran kita). Ia tidak menghalang kita dari menyambut apa-apa perayaan budaya pun, sama ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Krismas.

Bagi saya, Hari Raya Haji ada masalahnya juga. Tengoklah betapa sesaknya kota Mekah sekarang pada musim Haji. Terlalu sesak dan bagi saya, sukar untuk mencapai keakraban dengan Tuhan pada musim sebegitu. Adalah lebih baik ulamak mengeluarkan fatwa untuk memanjangkan musim Haji. Mungkin juga membenarkan beberapa hari untuk wukuf di Arafah. Ini juga untuk keselamatan bakal-bakal Haji.

Lagi satu masalah ibadat Haji ialah kekejaman kepada haiwan yang dikorbankan. Ini berpunca daripada ulamak ASWJ mengambil 22/32-37. 22/34 memberitahu kita yang tiap-tiap umat ada ritual sendiri untuk mengingati Allah di atas apa yang direzekikannya daripada ‘bahimah al-an’aam’. Kalau kita perhatikan, bukan semua umat manusia yang makan daging. Ini hanya interpretasi Arab kuno berdasarkan budaya mereka saja. Sebenarnya ‘bahimah al-an’aam’ boleh ada maksud yang lebih bersesuaian dengan konteks. Pada saya, ia bermaksud ‘nikmat yang stabil’.

Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang nak mentafsirkan ayat-ayat ini secara literal pun, kenapa perlu haiwan-haiwan itu dikorbankan di Mekah? Poinnya ialah untuk member kepada fakir miskin? Kenapa tak boleh buat ‘remote korban’ (korban secara jauh) dan hasilnya diberi kepada manusia sejagat, bukan orang Muslim saja?

Hanya buah fikiran seorang Quranis….

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Catatan Seorang Quranis (3): Seorang Quranis Menyambut Raya Haji

  1. nanamasruri berkata:

    Kenapa tak boleh buat ‘remote korban’ (korban secara jauh) dan hasilnya diberi kepada manusia sejagat, bukan orang Muslim saja?
    _________________
    setuju…
    dan hendaklah daging qur’an yang dilakukan pada waktu hajji dilakukan PENGALENGAN, kemudian didistribusikan ke seluruh daerah bukan hanya di daerah makkah saja.
    salaam…

  2. Politicalamity9 berkata:

    saya setuju…
    lagi satu.. apa pendapat tuan:
    saya pernah bekerja di Makkah, dalam masa itu saya pernah berada di Arafah (wukuf) dan mengerjakan tawaf di kaabah… tidak kah saya boleh dikategorikan sebagai telah melakukan haji? saya percaya yang melontar di jamrat adalah bukan keperluan untuk haji. Saya juga telah membeli 2 ekor kambing untuk disembelih dan disedekahkan pada yang kurang mampu di sana. Pada masa itu keadaan adalah tenang dan seluruh penumpuan fikiran adalah kepada Allah sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s