Catatan Seorang Quranis (2): Jawapan Kepada Dakwaan ‘Golongan Terselamat’

Terbaca saya blog ‘Pejuang Sunyi’, seorang aktivis Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) di facebook. Dalam post blog ini (sila baca di sini), PS mengingatkan kita kepada hadis ini:

وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ”.

Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah? Nabi bersabda: Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah”.

Hadis ini cukup terkenal di kalangan para Salafi (satu cabang ASWJ yang lebih ekstrimis). Mereka selalu menggunakan hadis ini untuk mengatakan yang merekalah ‘firqah najiyyah’ (golongan terselamat). Ironiknya, musuh-musuh Salafi pun yang juga di kalangan ASWJ mendakwa yang mereka sendiri adalah pengikut Sunnah Rasulullah yang sebenarnya. Begitulah kecelaruan yang wujud.

Bagaimana pula dengan Al-Quran? AQ memberitahu kita yang deen di sisi Allah ialah islam (3/19) iaitu pendamaian. Di bawah panji-panji islam, ada jalan yang tak terbilang banyaknya (29/69). Semua jalan ini diterima Allah kalau orang-orang itu berusaha dan berbuat kebaikan.

Sebenarnya, konsep ‘golongan terselamat’ ini hanyalah langkah politik untuk meraih kuasa untuk mengawal minda Umat Islam. Di sisi Allah, jalan-jalannya luas.

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s