Catatan Seorang Quranis (1): Pengenalan

Saya seorang Quranis. Identiti sebagai Quranis menerangkan manhaj atau methodologi saya dalam tradisi agama Islam. Jadi, saya seorang Muslim Quranis (Quranist Muslim). Sudah hampir dua puluh tahun saya menganuti mazhab ini. Dalam masa itu, telah banyak kemajuan yang telah dialami oleh komuniti Quranis. Sebagai contoh, di mana saja muncul laman media sosial yang baru (seperti facebook) akan muncullah quranis-quranis yang mempertahankan manhaj kami.

Catatan ini adalah percubaan saya untuk menjadi pemerhati susur galur fenomena quranisme di kalangan masyarakat Malaysia dan juga Indonesia walaupun tumpuan saya lebih kepada Malaysia kerana saya seorang Melayu Islam.

Para pembaca mungkin tertanya – siapa itu Quranis? Quranis itu orang yang menumpukan dirinya kepada pembelajaran dan applikasi Al-Quran tanpa menerima otoriti dalam agama. Quranis sering digelar ‘anti hadis’ atau ‘ingkar sunnah’ tapi gelaran-gelaran ini kurang tepat. Sebenarnya, gelaran-gelaran ini adalah alat politik sesetengah pihak (saya akan buat catatan tentang isu ini kemudian). Pada saya, Quranis bukan anti-hadis, cuma kami tak memakai hadis kerana Al-Quran tidak membenarkan otoriti lain, Itu saja.

Jadi Quranis memegang kepada satu sumber iaitu Al-Quran sendiri. Adakah ini bermakna kita ada semua jawapan tentang isu agama? Sudah tentu tidak! Kita pun adalah pentafsir-pentafsir yang subjektif. Masing-masing memegang kepada pendekatan dan fahaman sendiri. Cuma, kita tak perlu bimbang tentang kesahihan maklumat. Jika kita beriman kepada Al-Quran, kita menerima yang ianya sahih. Kita juga tak tertakluk kepada sebarang tafsir atau pendapat. Jadi pengalaman kita dengan Al-Quran dan seterusnya, dengan Allah sendiri menjadi lebih langsung (direct).

Inilah sebab saya seorang Quranis.

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Isu-isu Quranisme and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s