Pemansuhan Ayat-ayat Al-Quran – Respons kepada Jawapan Pejuang Sunyi Pt 2: Ayat Naskh

PS: nampaknya saudara farouk terus engkar dengan menolak ayat alquran walaupun sebelum ini telah ditunjukkan yang menasakh dan mansuh hukum islam adalah Allah.

Saya: Ini adalah salah satu taktik kotor PS dan kuncu-kuncuya menuduh saya dan rakan-rakan Quranis ‘menolak ayat Al-Quran’. Saya sama sekali tidak menolak ayat-ayat Allah. Sebaliknya, saya menolak interpretasi ASWJ yang hanya memberi satu kemungkinan maksud naskh. Satu daripada beberapa kemungkinan dan dalam Pt 1, kita boleh lihat yang maksud ini tidak diterjemahkan oleh ASWJ sendiri sebagai ‘hapus’. Sila baca Pt 1 di sini.

PS: kali ini dibawakan teks arabnya sekali untuk membuktikan yang menasahkan hukum adalah Allah

مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Saya: Sekali lagi PS tak faham ‘teks’ dan ‘interpretasi’. Dia petik ‘teks asal’ (maa nansikh…) tapi memberi interpretasi ulamaknya. Saya tak menolak teks asal, saya menolak interpretasi ulamaknya.  Memang tiada kalimah dalam teks asal untuk ‘(batalkan)’ atau ‘(tangguhkan)’. Ini hanya andaian ulamak tapi menolak andaian mereka menjadi menolak Allah sendiri. Adakah ulamak bersamaan dengan Allah?!

PS: lebih dari itu Allah berfirman dalam surah an-nahl ayat 101

Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, – berkatalah mereka (yang kafir): “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta”; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.

ayat ini pulak secara jelas menyanggah orang yang engkar pada nasikh dan mansuh


Saya: Saya tertanya jika PS betul-betul membaca jawapan saya atau saja nak buang masa. Interpretasi 16/101 ASWJ telah MENINGGALKAN KALIMAH ‘MAKAAN’ (tempat). Saya ulangi jawapan:

Terjemahan ini adalah teruk sekali. Ia cuba mengubah maksud ayat dengan kurungan dan melupakan kalimah dalam teks asal! Perkataan ‘al-quran’ memang tak ada dalam ayat itu. ‘yang ‘dimansuhkan’ jauh sekali! Inilah cara mereka menipu pembaca, dengan mengatakan bahawa ‘kurungan’ itu ‘fahaman Nabi’!

Kalimah yang amat penting mereka tinggalkan iaitu ‘maakaana’ (tempat). Mari kita lihat terjemahan secara lafaziyah (word for word)

wa idha : dan apabila
baddalna: Kami tukarkan
ayat : petanda/sign
MAKAANA : tempat
ayat : petanda/sign

Kenapa penterjemah ‘lupa’ nak menterjemahkan ayat ini? Mungkin kerana ia akan melondehkan penipuan mereka. Teori naskh mereka lain sekali dengan konsep ini. Ayat 4/43 (pasal mabuk masa solat) tidak dialih tempat oleh 5/90 (pasal mabuk secara am). Ayat-ayat ini tidak bergerak dari tempat mereka. 4/43 masih dibaca sehingga hari ini. Ini bermakna yang 16/101 tidak merujuk kepada pemansuhan ayat Al-Quran. Itulah sebabnya kurungan diperlukan.

 

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pemansuhan Ayat-ayat Al-Quran – Respons kepada Jawapan Pejuang Sunyi Pt 2: Ayat Naskh

  1. Shahriman Abdullah berkata:

    Analisis yang cerdik

  2. Politicalamity9 berkata:

    perkataan-perkataan di dalam kurungan ( ) menunjukkan ketidak cerdikan interpretasi perkataan tersebut.. jadi keluarlah conjecture yang penafsir rasa macam rujukan daripada perkataan tersebut. Solve that bracket usage.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s