Pemansuhan Ayat-ayat Al-Quran – Respons kepada Jawapan Pejuang Sunyi Pt 1: Maksud Naskh

Dialog antara saya dan Pejuang Sunyi (PS) bersambung:

PS: sebelum dijawap sedikit pengenalan ttg nasikh dan mansuh

kedua perkataan arab ini berasal dari “root word” yang sama iaitu nasakha [ ganti / hapus ] dimana nasikh [ menghapuskan ] dan mansuh [ dihapuskan ]

Saya: Sebenarnya, ini hanya satu daripada maksud naskh. Maksud ini kurang sesuai dengan penggunaan dalam AQ sendiri, umpamanya:

“Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!”  (45/29)

Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).  (7/154)

Dalam dua ayat ini, ‘penghapusan’ tak akan sesuai maksudnya. Sebaliknya, terjemahan yang diberi (oleh ASWJ sendiri) untuk 45/29 ialah ‘Kami penulis’ ialah ‘nastasikhu. Tiada ‘perintahkan malaikan’ dalam teks asal tapi pertenjemah telah menambah sesuka hati.

Dalam kes 7/154, terjemahan ini menggunakan ‘naskhahnya’ (nuskhatiha) dan bukan penghapusan dan sebagainya. ‘Naskhah’ , perkataan bahasa Melayu, memang berasal daripada kata asal ‘naskh’ (cuba sebut dan banding) tapi ia pun tidak bermaksud menghapus. Di sini, maksud penyebaran diimplikasikan.

Rumusan: Pejuang Sunyi hanya memberi satu daripada banyak kemungkinan maksud naskh.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Pemansuhan Ayat-ayat Al-Quran – Respons kepada Jawapan Pejuang Sunyi Pt 1: Maksud Naskh

  1. Pingback: Pemansuhan Ayat-ayat Al-Quran – Respons kepada Jawapan Pejuang Sunyi Pt 2: Ayat Naskh | Blog Quranis Nusantara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s