Menyangkal Dakwaan Ulamak ASWJ Yang Ayat-ayat Allah TERMANSUH Bhg 1

Terlalu hairan bin ajaib tapi inilah hakikatnya. Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) mempercayai kenyataan janggal yang ayat-ayat Allah DIMANSUHKAN. Bukan saja percaya, malah mereka tiada jawapan kalau ditanya BERAPA ayat yang termansuh dan berapa yang memansuhkan. Begitulah permainan mereka dengan kitab Allah walaupun mereka mengaku sebagai waris Nabi. Cubalah bayangkan – sumber pertama hukum Shariah pun tak tau berapa ayat masih boleh dipakai. Tapi bila kita tak setuju dengan mereka, kita dikafirkan (takfeer).

Sebenarnya banyak orang Islam hairan apabila diberitahu tentang hal mansuh ini. Apakah ini satu penipuan – yang orang Islam sendiri MEMANSUHKAN ayat-ayat Allah. Kononnya, kalau tak mansuh, Allah dikatakan ‘flip-flop’ pula. Takkanlah Tuhan semesta alam boleh flip flop kan? Tapi inilah kepercayaan mereka jadi mereka membuat dakwaan yang AQ memerlukan an-naskh wal-mansukh (‘sains’ pemansuhan ayat). ‘Pejuang Sunyi’ (PS) , seorang aktivis mempertahankan tipu helah ini berkata:

Persoalan : Adakah terdapat hukum hakam di dalam Al quran yang diubah, di tambah, di mansuh oleh Allah swt? Kalau ya, bukankah Al Quran sendiri menyatakan bahawa Allah flip flop (pinjam kata2 golongan anti hadis) dalam Al quran? Adakah mereka menghina Allah sebab FLIP FLOP dalam ayat-ayat Al Quran? Mari kita lihat:

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? ( 2: 106)

PS ingin mempertahankan mitos Israk Mikraj lalu dia menggunakan naskh wal-mansukh untuk membuktikan yang Allah ‘flip flop’ (menukar fikiran dalam menghukum). Sebenarnya sangkaan ini salah kerana pemahaman ayat 2/106 membuat andaian yang tak dapat dibuktikan.

Perkataan yang diterjemah sebagai ‘keterangan’ itu adalah ‘ayat’ dalam teks asal. PS menggunakan terjemahan ini mungkin untuk menyembunyikan hakikat bahawa ‘ayat’ itu boleh berada di ufuk kita and dalam jiwa (fil afaaq wa fil anfus , AQ 41/53). Ayat 2/106 juga mengandungi frasa ‘atau yang sebanding dengannya’ (aw mithliha). Jika ini merujuk kepada teori ulamak, maka kenapa frasa ni perlu disebut. Pada ulamak, naskh itu adalah untuk membawa wahyu yang terbaik, bukan sebanding dengan wahyu sebelumnya.

Sebenarnya, 2/106 kalau dibaca dalam konteks (yang ulamak ASWJ jarang buat), ia merujuk kepada penurunan khayr/kebaikan (tanzeel al-khayr – 2/105). Kalimah ‘khayr’  ini diulang dalam 2/106 iaitu ‘bi khayrin minha’  (lebih baik daripadanya). Seperti biasa, ulamak ASWJ ‘melupakan’ fakta ini untuk membuktikan tafsir mereka.

PS seterusnya memetik :Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, – berkatalah mereka (yang kafir): “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta”; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya. (16:101)

Terjemahan ini adalah teruk sekali. Ia cuba mengubah maksud ayat dengan kurungan dan melupakan kalimah dalam teks asal! Perkataan ‘al-quran’ memang tak ada dalam ayat itu. ‘yang ‘dimansuhkan’ jauh sekali! Inilah cara mereka menipu pembaca, dengan mengatakan bahawa ‘kurungan’ itu ‘fahaman Nabi’!

Kalimah yang amat penting mereka tinggalkan iaitu ‘maakaana’ (tempat). Mari kita lihat terjemahan secara lafaziyah (word for word):

وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ

wa idha : dan apabila
baddalna: Kami tukarkan
ayat : petanda/sign
MAKAANA : tempat
ayat : petanda/sign

Kenapa penterjemah ‘lupa’ nak menterjemahkan ayat ini? Mungkin kerana ia akan melondehkan penipuan mereka. Teori naskh mereka lain sekali dengan konsep ini. Ayat 4/43 (pasal mabuk masa solat) tidak dialih tempat oleh 5/90 (pasal mabuk secara am). Ayat-ayat ini tidak bergerak dari tempat mereka. 4/43 masih dibaca sehingga hari ini. Ini bermakna yang 16/101 tidak merujuk kepada pemansuhan ayat Al-Quran. Itulah sebabnya kurungan diperlukan.

Bhg 2: Contoh-contoh pemansuhan disangkal.

 

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s