Menjawab ISMA Tentang Ucapan ‘Rest In Peace’

Hairan betul saya bila melihat siapa yang mendapat perhatian media yang amat berlebihan. Daripada pihak media memberi spotlight kepada organisasi-organisasi Islam yang lebih kepada nilai-nilai Al-Quran, mereka lebih suka memberi perhatian kepada organisasi seperti ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). Cuba baca artikel ini.

Dalam artikel ini AJK Utama ISMA, Mohd Hazizi Ab Rahman berkata yang dalam AQ, ada banyak ayat yang mengatakan orang kafir akan masuk neraka. Dia juga memberi amaran kepada Muslimeen yang mengucapkan ‘rest in peace’ kepada orang ‘bukan Islam’ yang meninggal kerana boleh merosakkan akidah.
BETAPA PENDEKNYA PEMIKIRAN MOHD. HAZIZI.

Memang benar AQ firmannya yang orang kafir akan masuk neraka tapi siapakah orang kafir? Antara orang Islam pun kafir-mengkafir jugak. Bukan saja antara Sunni dan Syiah tapi antara UMNO dan PAS juga. Adakah wahyu Tuhan sampai kepada orang Islam saja? Tahukah Hazizi mengenai asas agama Sikh? Bolehkah orang-orang Sikh dipersalahkan bila menolak Islam memandangkan penindasan yang mereka alami di tangan kerajaan Mughal India?

Selamba juga Mohd Hazizi meletakkan diri sebagai wakil Tuhan. Siapa yang menolak wahyu Tuhan katanya kafir walhal dia yang memetik ayat AQ (tanpa memberi rujukan) dan membuat interpretasi sendiri.

Janganlah ikut jejak individu ini dalam menghakimi orang. Kita pun tak tahu isi hati seseorang. Yang kita tahu, Saudara Karpal giat memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Allah cucuri ruhnya.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s