Dialog Bersama Encik Rozaimi Bhg. 3

En. Rozaimi:Kesilapan besar saudara Farouk A Peru apabila tidak memahami hadis dengan pemahaman yang benar lalu menolak keseluruhan hadis. Jika benar hadis ini yang menjadi kemusykilan saudara Farouk kenapa keseluruhan hadis perlu dibuang? Bukankah cukup hanya sekadar tidak menerima hadis ini sahaja?

Saya menjawab: Itu terpulang kepada individu sama ada mahu menerima sebilangan hadis atau tidak. Masalahnya ialah apabila seseorang seperti Al-Bukhari membuat hadis sebegini. Jika benar kriteria Al-Bukhari adalah Al-Quran maka beliau pada pendapat saya beliau telah lupa kepada beberapa ayat Al-Quran seperti cerita permaisuri Saba yang menjadi satu-satunya convert dalam Al-Quran (An-Naml, ayat 44). Jadi kredibiliti Al-Bukhari sendiri menjadi ragu-ragu.

 

En. Rozaimi: Sebenarnya hadis yang menjadi kemusykilan saudara Farouk telah pun dijawab oleh ilmuwan hadis. Hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam perlu dibaca secara keseluruhan supaya kita mendapat gambaran penuh sesuatu isu. Tidakkah saudara Farouk A Peru pernah dengar hadis yang menceritakan bahawa di akhir zaman bilangan wanita akan bertambah terlalu ramai melebihi kaum lelaki? Jika bilangan mereka ramai sudah pasti kita tidak akan pelik jika wanita lebih ramai di neraka kerana bilangan keseluruhan mereka ramai. Bukankah seorang lelaki boleh menikah lebih dari seorang isteri? Maka tidak hairan jika ramai isteri dalam neraka. Satu persoalan yang ingin saya tekankan ialah saya tidak nampak pula dalam hadis tersebut yang mengatakan bilangan perempuan berkurang dalam syurga. Jika ada sila nyatakan kepada saya. Saya gambarkan dalam sebuah kelas yang bilangan wanitanya 50 orang manakala lelaki seorang (ikut nisbah bilangan di akhir zaman seperti dalam hadis Bukhari). Apabila separuh daripada wanita gagal dalam peperiksaan (25 orang) dan satu-satunya pelajar lelaki lulus sudah pasti bilangan wanita yang gagal ramai tetapi tidak bermakna yang lulus berkurang dari lelaki kerana bilangan mereka 25 orang dan lelaki seorang.

Saya menjawab: Dalam hadis itu sendiri Rasulullah memberi sebab mengapa wanita adalah majority warga neraka. Sebabnya bukannya statistics wanita dan lelaki tapi munurut Rasulullah sendiri, adalah kerana wanita adakah kekurangan dalam akal dan deen. Kekurangan-kekurangan ini adalah kerana fitrah mereka yang ditentukan oleh Allah sendiri. Jadi Allah mengazabkan mereka oleh sebab kekurangan yang Dia sendiri ciptakan untuk mereka. Maaf cakap, ini masalah theology yang amat besar.

 

En. Rozaimi: Berkaitan dengan bilangan saksi pula. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perlu 2 orang saksi wanita berbanding seorang lelaki. Adakah Farouk A Peru ingin menolak al-Quran juga? Maka saya perlu menarik gelaran Quranism daripada anda.

Saya menjawab: Saya tidak menolak sebarang ayat Al-Quran. Saya cuma menyoal fahaman yang dibawa oleh madhab Tuan. Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat dalam madhab ASWJ sendiri akan perlunya 2 saksi wanita. Ada ulamak yang mengatakan hanya perlu 2 saksi pada keseluruhan, jika ada seorang lelaki maka kita hanya perlu seorang wanita. Wanita yang lagi seorang hanyalah ‘spare’ in case wanita yang pertama tak dapat memberi saksi. ASWJ yang moden ada pendapat yang lagi kontroversi. Pada mereka, ayat ini sudah tidak relevan dan hanya boleh diambil sebagai langkah dalam ‘progressive revelation’.  Jadi usahlah Tuan mencadang yang saya menolak ayat. Bukan madhab saya yang ada pelbagai alasan untuk tidak menapplikasi ayat itu.

 

En. Rozaimi: Berkaitan dengan akal pula ia tidak bermakna wanita kurang cerdik dari lelaki. Tetapi ia berkaitan penggunaan akal. Tidakkah Farouk A Peru perhatikan bahawa wanita lebih banyak menggunakan emosi mendahului akal? Maka sifat simpati wanita melebihi lelaki secara umum. Oleh itu, seorang lagi saksi wanita diperlukan supaya mengingatkannya dalam persaksian. Hadis ini tidak bercakap tentang tahap kecerdikan tetapi ia bercakap tentang tahap penggunaan rasional antara lelaki dan wanita secara umum. Tidakkah saudara Farouk membaca hadis itu secara keseluruhan? Bukankah ada lafaz “Imraah Jazlah” dalam hadis berkenaan? Jazlah bermakna cerdik.

Saya menjawab: Maaf Tuan, tapi pada saya perkataan ‘aql’ itu perkataan yang relevant dalam hal ini. Adakah hadis ini datang dari Rasulullah? Al-Bukhari berfikir begitu. Jadi kalau Rasulullah menggunakan kalimah aql sudah tentu dia tahu yang Al-Quran mengkondem (condemns) orang yang tidak menggunakan aql (8/22 dan 7/179 umpamanya). Bahkan orang sebegini akan masuk neraka, kata Al-Quran (67/10)!

Saya tak mengiktiraf yang wanita lebih emosi. Ini adalah ‘anecdotal evidence’ yang tiada umumnya pun. Ia hanya digunakan untuk confirmation bias dalam hal ini.

 

En. Rozaimi: Manakala kurang agama pula bukanlah bermakna ia pengukur kepada kesolehan seseorang. Ini kerana Nabi sallallah alaihi wasallam tidak bercerita tentang kesolehan tetapi tentang agama. Tidakkah Farouk A Peru tahu bahawa wanita tidak perlu solat, puasa ketika haid dan nifas, tidak wajib solat Jumaat dan tidak wajib berjihad? Dalam kata lain Nabi sallallah alaih wasallam bercakap tentang kuantiti amalan bukannya kualiti amalan.

Saya menjawab: Mungkin En. Rozaimi lupa yang kekurangan dalam agama ini mengakibatkan wanita-wanita menjadi majoriti warga neraka! Jadi tak ada ‘kesolehan’ yang dapat menolong wanita ini kelak.

Kalau haidh, nifas dan sebagainya mengakibatkan kekurangan kuantiti ibadat, siapa yang menentukan yang wanita tak dapat beribadat pada masa-masa tersebut? Sudah tentunya Allah sendiri. Jadi Allah yang memberi hukuman, wanita taat kepada hukuman itu dan Allah memberi wanita ‘ganjaran’ neraka. Maaf Tuan, saya tak dapat menerima yang Tuhan akan berlaku sebegini. Saya lebih rela mengatakan yang Al-Bukhari yang salah.

 

En. Rozaimi:   Saya tidak pasti dari mana saudara Farouk dapat keputusan yang ekstrem begini. Bukankah al-Quran sendiri menceritakan bahawa syafaat tidak dibenarkan melainkan kepada sesiapa yang diredhai Allah? [Lihat Surah al-Anbiya’: 28] Ini bermakna syafaat sabit dengan redha Allah.

Saya menjawab: Tapi Al-Quran sendiri mengatakan yang pada hari itu tiada syafaat langsung. Tiga kali fakta ini ditekankan (2/48, 2/123 and 2/254). Jadi adakah Tuan mengatakan yang Al-Quran ada percanggahan?

 
En. Rozaimi: Hadis Nabi dalam bab syafaat tidak sekali-kali mengatasi keputusan Tuhan. Ini adalah suatu dakwaan yang terburu-buru sama sekali. Bahkan hadis jelas menunjukkan bahawa syafaat Nabi diberikan oleh Allah selepas Nabi meminta izin kepada-Nya. Lihat hadis berikut:

Saya menjawab: Sekarang kita perlu bertanya, kenapa kita perlu syafaat in the first place. Dalam Al-Quran sendiri, yang menentukan kalau kita ke syurga atau neraka adalah amal dan keadaan nafs/jiwa  (39/70, 99/7-8 , 17/14). Tidak ada pun dalam senario hari pembalasan di mana sebarang Nabi memberi syafaat. Jadi apa yang saya maksudkan ‘keputusan Allah’ ialah hukum Allah yang menghitung amal dan keadaan nafs. Kalau keputusan ini sudah cukup, maka apa perlunya syafaat lagi? Kalau keputusan ini membawa kita ke neraka, then syafaat Nabi telah memansuhkan hukum Allah. Maka Nabi menjadi lebih tinggi daripada Allah.

 

 

En. Rozaimi:Maksudnya: Nabi Isa berkata (ketika umat meminta syafaat daripadanya): Aku tidak berada ditempat yang kamu minta (tidak layak), sebaliknya pergilah berjumpa Muhammad sallallah alaih wasallam yang telah diampunkan dosanya yang telah lalu dan kemudian. Maka mereka pun mendatangiku dan aku MEMINTA IZIN kepada Tuhanku. Apabila aku melihat-Nya aku jatuh dalam keadaan bersujud…

Saya menjawab: Sekarang lebih jelas motivasi hadith ini dan konsep syafaat. Nabi Isa tak layak tapi Nabi Muhammad layak. Ini menunjukkan masalah persaingan agama pada zaman ini. Tapi Nabi Muhammad sendiri disuruh Allah untuk berkata:

Say, “I am not something original among the messengers, nor do I know what will be done with me or with you. I only follow that which is revealed to me, and I am not but a clear warner.” (46/9).

Nabi sendiri mengaku tidak membawa bid’ah (perkara baru) di kalangan Rasul dan dia juga tidak tahu apa yang jadi kepada kita mahupun dirinya sendiri.

Namun begitu, ada juga statement Nabi semasa hari pembalasan. Dia berkata:

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (Al-Quran 25/30 dari translation Melayu quran.com)

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Isu-isu Quranisme and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s