Dialog Bersama Encik Rozaimi Bhg. 2

En Rozaimi:     Jika yang dimaksudkan saudara Farouk dengan terma “merasmikan sebarang kitab hadis” sebagai tiada langsung penulisan hadis maka beliau tersilap. Ini kerana di zaman sahabat lagi, penulisan hadis telah dimulakan. Abdullah bin Amr bin al-As dan Ali bin Abi Talib telah menulis hadis.

Saya menjawab: Maaf tapi kitab-kitab ini tidak wujud. Sarjana hadis ASWJ sendiri, Mustafa Azami telah mengesahkan maklumat ini dalam bukunya ‘Studies in Early Hadith Methodology’ di mana beliau mengaku yang kitab-kitab ‘hadis awal’ ini hanya wujud dalam tulisan kitab-kitab yang datang kemudian. Beliau menyeru kepada cinta kepada ulamak supaya kita beriman kepada kitab-kitab ini.

 

En. Rozaimi:Jika terma ini dimaksudkan dengan pengumpulan rasmi sebuah Negara saya jawab seperti berikut:

–       Saya tidak pernah melihat dalil dalam agama ini bahawa setiap yang tidak bertulis tidak menjadi hujah. Sebaliknya yang menjadi asas ialah sifat benar perawi dan kekuatan ingatannya yang sepatutnya dilihat untuk memastikan kandungan riwayat terpelihara. Apa guna bahan bertulis jika yang menulis itu kaki bohong? Akhirnya kita akan kembali melihat kredibiliti orang yang menulis juga.

Saya menjawab: Jika benar tiada dalil demikian, mengapa Al-Quran ditulis dan dihafal begitu rapi? Perlu diingat bahawa pandangan ASWJ ialah yang hadis menerankan Al-Quran. Jika teks-teks hadis belum stabil, bagaimana Al-Quran diterangkan?

Kredibilti orang yang menulis tidak boleh diukur kerana mereka tidak mengenal perawi-perawi dalam isnad kecuali perawi mutakhir. Disebabkan itu, mereka hanya boleh meneka dan kerana inilah terdapat perbezaan pendapat tentang kesahihan hadith. Kerena inilah lahirnya madhab ahl al-hadith juga. Mereka menilai semula hadith, sebenarnya.

 

En. Rozaimi:   Kerajaan Bani Umayyah mengarahkan hadis-hadis dikumpulkan secara rasmi apabila ramai manusia sudah mula pandai menulis dan kurang menggunakan hafalan. Ini berbeza dengan zaman sebelumnya di mana ramai rakyat yang buta huruf dan bahan penulisan juga sukar untuk diperolehi. Sudah menjadi tabiat manusia apabila mereka tiada kemudahan mereka akan menggunakana keupayaan mereka semaksima mungkin. Bayangkan dahulu kita mampu hafal nombor-nombor telefon jiran sebelum wujudnya telefon bimbit walaupun nombor itu hampir sama. Tapi selepas wujudnya teknologi “phone book” dalam telefon bimbit nombor telefon sendiri pun kadang-kadang kita belum tentu hafal. Begitulah juga dengan hadis, ia diriwayatkan secara mulut ke mulut kerana ingatan perawi yang hebat.

Saya menjawab: Jika Bani Umayyah memberi arahan ini, di manakan kitab-kitab tersebut? Mengapa ada jurang perbezaan yang agak besar wujud di antara pembukuan Al-Quran dan hadis. Mengapa Al-Quran yang dibukukan kononnya pada zaman Khalifah Uthman ibn Affan wujud sehingga hari ini tapi kitab-kitab hadis ‘awal’ tidak? Kalau hadis diberi penghormatan sama seperti Al-Quran maka hadis patutnya dikumpulkan dari awal dan kitab-kitab itu patut wujud sehingga hari ini. Bolehkah kita bayangkan yang Al-Quran ada edisi-edisi lama dan edisi baru yang menambah atau mengeluarkan ayat-ayat tertentu? Sudah tentu tidak. Ini .hanya berlaku dengan Bible saja.  Orang Islam begitu tekun menjaga isi Al-Quran dari dahulu sehingga sekarang.

 

En. Rozaimi: Adakah Farouk A Peru tidak mengetahui bahawa sebelum zaman Imam Syafie ramai ulama hadis telah menulis kitab-kitab hadis untuk menjadikan hadis sebagai rujukan hukum? Ma’mar bin Rasyid telah menulis kitab Jami’nya, Abdul Razak al-Son’ani telah menulis al-Musannafnya, Malik bin Anas telah menulis Muwatta’nya. Adakah Farouk A Peru tidak tahu bahawa semua kitab-kitab ini mengumpulkan hadis-hadis dalam bab hukum?

.    Saya tidak pasti samada Farouk A Peru pernah membaca kitab al-Risalah Imam Syafie atau tidak. Ini kerana jika beliau membacanya dengan teliti sudah pasti beliau tidak mendakwa seperti apa yang beliau dakwa sekarang. Imam Syafie di beberapa tempat dalam al-Risalah menukilkan pandangan ulama hadis sebelum beliau. Ini bermakna beliau bukanlah orang pertama yang mereka-cipta sains hadis. Beliau hanya menyusun semula ilmu hadis yang sebelum zaman beliau tersimpan dalam dada ilmuwan hadis.Lihat perbahasan al-Syafie dalam bab khabar al-Ahad. Beliau menukilkan pandangan ulama hadis sebelum beliau.

Saya menjawab: Memang benar ini pandangan ASWJ tapi adakah ia boleh dibuktikan melalu teks-teks yang wujud? Saya ingin tanya kepada Tuan, ada berapa versi Muwatta Malik ibn Anas?

In any case, poin saya ialah Risala Ash-Shafiee ialah titik tolak di mana sunnah menjadi rasmi. Inilah sebabnya datangnya muhadith-muhadith seperti Al-Bukhari dan angkatannya selepas era Ash-Shafiee.

 

 

En. Rozaimi: Saya begitu gusar dengan kenyataan di atas. Ini kerana saudara Farouk A Peru seolah-olah tidak boleh membezakan antara perkara ijtihad dan nas. Adakah perlu ditonjolkan perbezaan ijtihad untuk menolak hadis-hadis sedangkan hadis (pada kepercayaan kaum Muslimin) adalah nas? Jika benar perbezaan ini menyebabkan penolakan sesuatu, adakah perlu ditolak juga al-Quran kerana wujudnya versi tafsir yang berbeza-beza mengikut zaman?

Saya menjawab: Ijtihad adalah satu process di mana sesorang manusia menggunakan maklumat yang ada padanya untuk membuat satu hukum. Jika sesuatu hadis itu tidak dianggap sahih, kebarangkaliannya untuk diterima untuk proses ijithad adalah kurang. Jadi ada direct correlation dengan nass dan ijtihad.

En. Rozaimi juga menyebut tentang Al-Quran di atas jadi saya akan menyentuh bab ini sikit:

Al-Quran juga sukar digunakan secara objektif dalam process ijtihad ASWJ. Ini adalah kerana Al-Quran dibebani banyak ‘ulum’ seperti naskh wal-mansukh, asbab an-nuzool dan sebagainya dan ASWJ juga tidak ada persetujuan dalam banyak ulum ini. Umpamanya, kalau kita tanya berapakah ayat yang dimansuhkan, ada banyak jawapan yang diterima. Jadi walaupun Al-Quran itu sumber nass, ia tidak diterima sebulatnya. Ia mengalami nasib yang sama seperti hadis.
En. Rozaimi:    Tiada siapa yang terikat dengan pandangan pentafsir-pentafsir silam dalam perkara ijtihad. Lihat Tafsir al-Manar karya Rasyid Ridha. Berapa banyak ijtihad baru beliau ketika mentafsir ayat al-Quran. Yang diperjuangkan oleh kami bukanlah kewajipan berpegang dengan ijtihad ulama silam. Tetapi disiplin ketika mentafsir al-Quran seperti penguasaan bahasa arab dari sudut nahu, saraf, balaghah dan sebagainya.

Saya menjawab: Jika benar kita tidak terikat kepada mufassir-mufassir, kenapa kita terikat kepada muhaddith-muhaddith pula? Muhaddith-muhaddith pun memberi pendapat tentang kesahihan hadith. Jika mereka tidak dapat bersetuju tentang isikandung corpus hadith sahih, maka ini menunjukkan yang mereka ini manusia yang subjektif. Seperti yang saya katakan, madhab ahl al-hadith adalah bukti tentang kecelaruan ini.

Penguasaan bahasa Arab juga tidak dapat menjamin pemahaman isi Al-Quran. Jika kita bertanya kepada pakar-pakar bahasa Arab tentang implikasi sesuatu wazan (sesuatu form dalam morphology) umpamanya, mereka akan memberi pelbagai pendapat. Sama juga dengan maksud perkataan. Cuba lihat Al-Ma’idah 103. Terdapat nama-nama dalam ayat itu yang para mufassirin tak dapat persetujui walapun mereka adalah Arab atau pakar bahasa Arab.

bersambung kepada Bhg 3 insha Allah.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran, Hadith and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Dialog Bersama Encik Rozaimi Bhg. 2

  1. Pak Yeh berkata:

    F.A.Peru kata :Saya menjawab: Maaf tapi kitab-kitab ini tidak wujud. Ha,ha,ha. Dong. Round ni Peru menang dengan KO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s