Dialog Bersama Encik Rozaimi Bhg. 1

Pertama-tama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En Muhamad Rozaimi Ramlee kerana sudi menulis kritikan atau bidasan kepada pandangan saya di Malaysian Insider pada bulan March yang lalu. Saya juga sangat mengalu-alukan sikap En. Rozaimi yang begitu lembut menangani hal ini. Saya terpaksa minta tempoh daripada beliau kerana kesibukan kerja dan dia bagitu murah hati memberi saya masa untuk menghabiskan kerja saya dulu. Syabas En. Rozaimi, sikap tuan mempamerkan Islam, pada pendapat saya.

Sebelum saya mula menjawab poin-poin En. Rozaimi, saya ingin mengingatkan semua pembaca dan juga diri saya sendiri yang tujuan atau objektif kita ialah untuk memahami dan mengikut suruhan Allah. Saya adalah Quranis di atas sebab tersebut – yang saya tak dapat menerima otoriti hadis atau ulamak dalam merumuskan ajaran islam. Kriteria saya ialah Al-Quran dalam fahaman sendiri.

 

Kata En. Rozaimi:
Saya tidak berjumpa riwayat Umar membakar kitab hadis. Jika ada saya minta jasa baik saudara Farouk untuk nyatakan sumbernya. –

Saya menjawab:
Kanz al-Ummal (vol 10, #29476):

From Yehya ibn Ju’udat who said: ‘Umar desired to write the Sunnat then he decided not to do so. Then he instructed the Muslims throughout the provinces: “Whoever has a document bearing a prophetic tradition shall destroy it.”

Maaf, kalimah membakar tiada pada maklumat ini tapi Umar ibn Al-Khattab telah menyuruh kaum Muslimeen yang ada apa-apa tulisan pada mereka daripada as-sunnah (shai’un min dhalik) untuk menghapuskannya.

 

Kata En. Rozaimi:
Berkaitan isu Abu Bakar membakar kitab hadisnya saya jawab seperti berikut:

Jika saudara Farouk menyatakan riwayat ini untuk berhujah bahawa hadis bukan sumber rujukan dalam perundangan Islam maka saya menjadi keliru. Bukankah anda sendiri tidak mengiktiraf riwayat hadis, bagaimana mungkin anda mengiktiraf kisah yang diriwayatkan oleh ulama hadis dengan salasilah perawi-perawi hadis?

Saya menjawab:
Dalam ilmu mantiq, langkah ini dipanggil ‘argument by currency’. Maksudnya, bila kita berbincang dengan seseorang itu, kita mesti menggunakan maklumat yang diterima atau berada dalam klasifikasi yang sama oleh orang itu. Samalah seperti kalau kita membeli-belah di London. Kalau kita cuba membayar dengan matawang Ringgit memang tak akan diterima. Tapi kalau kita guna matawang Pound Sterling akan diterima. Kalau kita guna American Dollar atau Euro pun kadang-kadang boleh kerana matawang-matawang demikian diiktiraf di tahap dunia.

Samalah bila kita berbincang. Golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) menerima kewujudan korpus maklumat selain daripada Al-Quran. Jadi bila berbincang dengan golongan ini, saya akan menggunakan maklumat tentang situasi dari zaman tersebut dan daripada sumber-sumber yang seangkatan dengannya.

Kata En. Rozaimi:
Jika beliau nyatakan riwayat ini semata-mata mahu membuktikan hadis bukan hujah menggunakan dalil yang diterima oleh pihak yang menerima hadis, ia juga tersasar jauh. Ini kerana riwayat ini tidak sahih dari segi sanadnya. Saya bawakan riwayatnya supaya kita sama-sama semak,,,

Saya menjawab:
Di sini datang pula isu kesahihan dan memang isu ini sangat relevan. Siapa yang mendapati bahawa sadadnya tidak sahih? Adakah orang itu juga tiada agenda pada dirinya? Adakah benar dalam dunia ASWJ penilaian sanad-sanad semua sama? Jawapannya tidak. Dalam blog En. Rozami sendiri (pautannya di sini) ada perbezaan pendapat dalam bab akidah. Perbezaan ini adalah di antara dua ulamak besar. Satu dari Syria dan satu dari Saudi Arabia yang dua-dua mengaku ASWJ! Sebenarnya dalam dunia ASWJ, ada perbezaan pendapat dalam penilaian hadis. ‘sahih’ itu hanya cap yang diberi secara subjektif untuk maklumat yang kurang digemari.
Kata En. Rozaimi:
Jika kita beranggapan bahawa riwayat ini sahih sekalipun ia tidak menyokong dakwaan saudara Farouk. Ini kerana dalam riwayat itu jelas menunjukkan bahawa sebab Abu Bakar membakar kitabnya adalah kerana beliau bimbang hadisnya itu daif disebabkan hafalan perawinya yang lemah. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa jika hadis itu sahih Abu Bakar sendiri akan berhujah dengannya

Saya menjawab:
Ya benar tapi kita perlu bertanya kepada En. Rozaimi, bagaimana hadis ini boleh dhaif mengikut maklumat yang Tuan sendiri menganggap sahih? Saya petik terjemahan Tuan:

Saya bimbang saya mati sedangkan hadis-hadis ini ada di sisi saya dalam keadaan hadis riwayat seorang lelaki yang saya percaya dan benarkan ia sedangkan hadis itu sebenarnya bukan seperti mana yang lelaki itu ceritakan kepadaku (lelaki itu tersilap dalam riwayat) dan aku terlibat dalam meriwayatkannya (hadis salah).

Jadi mengikut hadis ini, Abu Bakr sendiri was-was akan sistem sanad! Pada zaman beliau sendiri ada hadis yang diberi ‘seal of approval’ oleh orang yang dia percaya tapi riwayatnya salah. Jadi Abu Bakr sendiri mengakui kelemahan sistem isnad. Kalau ini boleh berlaku pada zaman Abu Bakr sendiri (selama dua tahun selepas peninggalan Rasulullah), bagaimana pula zaman sekarang?

Kata En. Rozaimi:
Bahkan dalam riwayat itu sendiri menunjukkan Abu Bakar bukan Quranism iaitu beliau mengumpulkan hadis-hadis Nabi. Untuk apa mengumpulkan hadis-hadis jika tidak mahu berhujah dengannya?

Saya menjawab:
Ini soalan yang amat bernas. Saya terpaksa hanya meneka kerana maklumat yang diberi tidak menyatakan sebabnya. Jawapaannya samalah seperti saya mengumpul maklumat tentang pendapat-pendapat tentang tafsir. Jika ada pendapat yang munasabah, saya boleh terima dan mengapplikasikannya. Saya juga pernah berbuat demikian tentang hadis tapi maaf nak kata, pada pendapat saya, kebanyakan hadis tidak selari dengan Al-Quran dari segi falsafah agama (philosophy of religion).
Kata En. Rozaimi:
Saya perhatikan saudara Farouk agak bersikap selektif apabila membawakan dalil. Beliau seolah-olah membawakan riwayat yang zahirnya menyokong dakwaannya. Metodologi yang betul dalam kajian ialah kita mengumpulkan semua dalil yang ada dalam satu-satu bab kemudian membuat rumusan. Adalah tidak adil untuk menilai pendirian Abu Bakar dan Umar terhadap hadis dengan melihat satu atau dua riwayat dan melupakan riwayat yang lain. Tidakkah beliau tahu bahawa Abu Bakar menerima pakai hadis Nabi tentang kadar pusaka nenek? Tidakkah beliau tahu bahawa Umar menerima pakai hadis Nabi tentang hukuman qisas? Umar juga menerima hadis riwayat Abdul Rahman bin Auf dalam isu taun. Bagaimana mungkin beliau terlepas pandang perkara ini?

Saya menjawab:
Sikap ‘selektif’ itu memang naluri manusia yang cuba menginterpretasi sesuatu fenomena. Ini adalah kerana kita telah melepasi zaman itu dan kita tidak akan tahu situasi yang sebenarnya. Dunia Rasululah dan sahabat-sahabatnya telah berlalu dan kita tidak akan tahu situasi yang sebenarnya kecuali dengan maklumat yang objektif yang itu pun kita terpaksa menilai.

Apakah maklumat objektif itu? Tentunya Al-Quran yang diperakui dan diangkat umat Islam dan dijamin Allah sebagai dilindungi (Al-Hijr ayat 9). Maklumat lain terpaksa dipilih oleh manusia yang subjektif. Bukankah itu sikap yang selektif juga? Bolehkah kita fahami sebab-sebab Al-Bukhari menolak hadis yang dia tidak mengaku sahih? Pada saya tak boleh. Sebenarnya inilah permasalah korpus hadis – element of subjectivity and selectivity manusia.

 

Kata En. Rozaimi:
Umar memang pernah berkata: “Cukuplah bagi kita kitab Allah”. Tetapi ini bukan bermakna kita perlu meninggalkan hadis. Bahkan saya telah jelaskan dalam poin sebelum ini bahawa Umar menerima pakai hadis-hadis Nabi. Sebenarnya pegangan dengan al-Quran lah menyebabkan kita menerima hadis. Buktinya:

Saya menjawab:
Ada dua masalah dengan hujah ini sebenarnya:
1. Ini adalah interpretasi En. Rozaimi. Umar tidak diriwayatkan untuk berkata yang kecukupan kitab Allah adalah dalam bab akidah, fiqh dan sebagainya. Dalam riwayat ini dari segi perkataan, dia hanya berkata ‘cukup bagi kita kitab Allah’. Dengan mudah Umar boleh berkata ‘tapi ia perlu dijelaskan oleh sunnah Nabi’ tapi dia tidak berkata demikian? Kenapa? Sebabnya akan juga jadi spekulasi kita.

2. Mungkin ini juga menunjukkan kelemahan dalam korpus maklumat. Fenomena hadis yang bercanggah antara satu sama lain bukan perkara baru. Perbalahan di antara ASWJ biasa dengan mazhab Salafee menjadi contoh yang baik untuk mempamerkan perbezaan-perbezaan ini.
Kata En. Rozaimi:
(Bersambung dari poin di atas):
Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi seorang mukmin lelaki dan wanita apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu (hukuman) lalu mereka ada pilihan lain lagi dalam urusan mereka. [al-Ahzab: 36]

Saya menjawab:
Maaf tapi ini bukan keputusan Rasulullah. Yang memutuskan maklumat ini sahih dan interpretasi maklumat sendiri adalah dari ulamak, bukannya Rasulullah. Di antara ulamak-ulamak ASWJ sendiri ada percanggahan pendapat walaupun pada peringkat usul. Sebab itulah ada pelbagai mazhab yang bercanggah dari segi hukum-hakamnya.

Perlu juga kita ingat yang kepelbagaian (diversity) itu bukanlah bukanlah perkara luar biasa. Bahkan manusia akan sentiasa berbeza pendapat. Yang menjadi masalah ialah bila kita cuba memonopoli maklumat dan hanya memberi hak menginterpretasi kepada orang tertentu saja. Kita perlu ingat yang isu agama berkenaan dengan keselamatan kita dunia akhirat. Ini perkara yang terlalu serius untuk memberi kepercayan kepada sesiapa dengan begitu saja.

Kata En. Rozaimi:
Saya memahami hukuman Allah di dalam al-Quran. Justeru, di mana pula hukuman Nabi jika bukan di dalam hadis? Jika anda kata hukuman Nabi juga di dalam al-Quran bukan hadis, saya berhak untuk bertanya jika ia sama mengapa Allah dan rasul diulang dalam satu ayat dalam bentuk al-‘Atf (العطف) dan kaedah menyatakan al-‘Atf menunjukkan perbezaan? Ayat ini menunjukkan kehujahan hadis

Saya menjawab:
Satu lagi soalan yang bernas daripada En. Rozaimi. Mari kita terima hujah ‘waw atf’ yang menunjukkan yang ‘Allah wa rasuluh’ (Allah dan rasulNya) dalah berbeza. Memang berbeza tapi berbeza dari segi apa? Allah bukan Rasul dan Rasul bukan Allah. Itu satu perbezaan tapi modality maklumat pun berbeza juga. Allah menyampai dari ‘atas’ ke ‘bawah’ (tanzeel bermaksud penurunan) iaitu arah vertical dan Rasul menyampai dari manusia kepada manusia (tabligh bermaksud penyampaian) iaitu arah horizontal. Jadi frasa ‘Allah wa rasuluh’ boleh juga merujuk kepada kelainan dari segi modality maklumat. Kenapa pula kita mesti memahaminya sebagai sumber berlainan saja? Ini hanya interpretasi Tuan.

Saya juga merujuk kepada Al-Anfal ayat 20 yang berbunyi : Taatlah Allah dan taatlah Rasul dan jangan berpaling dariNYA (wa laa tawallau anHU) apabila kamu MENDENGAR (wa antum tasma’oon).

Jadi walaupun Allah dan Rasul dibezakan dalam ayat di atas, tindakan berpaling itu adalah berpaling daripada seorang saja. Adakah ini bermakna yang Allah itu Rasul? Sudah tentu tidak. Tapi Allah dan Rasul sumbernya satu saja iaitu sumber yang didengari. Apakah yang didengari? Sila lihat Al-Haqqah ayat 40-47.

Kata En. Rozaimi:
Maksudnya: Demi Tuhanmu, mereka tidak akan beriman sehingga mereka menjadikanmu pemutus dalam perselisihan mereka kemudian mereka tidak merasa bebanan terhadap keputusanmu dan mereka benar-benar menerimanya. [al-Nisa’: 65]

 Ayat di atas mewajibkan kita menerima hukuman Nabi. Saya katakan tidak ada cara lain untuk mengetahui hukuman Nabi kecuali jalan riwayat. Inila hadis. Justeru, saya benar-benar ragu adakah benar saudara Farouk mengikut petunjuk al-Quran.

Saya menjawab:
Maaf, tapi Tuan hanya memetik satu ayat di sini justeru itu hanya bersikap selektif. Tuan perlu tengok juga apa kata Al-Quran dalam isu bagaimana Rasulullah menghukum:

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (4/105)

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran….(5/48)

Saya menggunakan terjemahan dari quran.com yang menunjukkan fahaman ASWJ. Rasulullah diperintah untuk menghukum dengan menggunakan ‘al-kitab’. Al-kitab bukanlah as-sunnah mahupun al-hadith. Allah sendiri tak akan lupa untuk menyebut sunnah atau hadis. Namun begitu, Allah hanya menyebut al-kitab di sini dan selain dari al-kitab, Allah menyeru Nabi untuk tidak mengikut hawa nafsu mereka (wa la tattabi’oo ahwaa’ahum) . Jadi ya, saya menerima segala hukum yang dibawa Rasulullah tapi hukum-hukum ini telah termaktub dalam Al-Quran.

akan bersambung inshaa Allah….

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran, Hadith and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Dialog Bersama Encik Rozaimi Bhg. 1

  1. Pak Yeh berkata:

    Quranist mengguna hadis untok musnahkan hadis tidak bermaana Quranist percaya pada hadis. Ia mengambarkan kelemahan hadis dan kebenaran bahawa “hadis kontradict hadis” kerana sumber hadis itu tidak tulin dan bermasaalah. Kelemahan hadis Bukhari Muslim adalah 1) hadis Allah flip flop rancang solat dari hadis Israk mikraj. 2) hadis cium hajar aswat yang berhenti pada Umar dan tidak ada hadis nabi di dalamnya. 3) Hadis dari monyet rejam penzina yang tak masuk akal. Bagaimana perawi faham bahasa monyet.???

  2. Pak Yeh berkata:

    En. Rozaimi: tak nak balas ke hujah saya.???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s