Kalimah Allah – Apa Kesudahannya?

Malaysia telah menjadi buah mulut komuniti antarabangsa apabila mahkamah menerima rayuan untuk menukar hukum yang dimeterai pada tahun 2009 untuk membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu.

Buat pertama-tama kalinya, orang Melayu Islam diketawakan orang Arab. Biasanya, kita yang hairan dengan kerenah manusia di Timur Tengah (umpamanya mengharamkan wanita membawa kereta dan sebagainya) tapi kali ini, kita yang diketawakan. Sebabnya begitu terang sekali – kalimah ‘Allah’ ini bukanlah dalam penggunaan ekslusif orang Arab! Orang Kristian Arab telah menggunakan kalimah ini berkurun sebelum datangnya Nabi Muhammad ibn Abdullah! Allah ialah seperti perkataan Bahasa Melayu ‘Tuhan’. Sesiapa saja boleh menggunakan perkataan ini tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan.

Bagaimana pulak teks Islam yang ulung? Bagi Quranis, Al-Quran saja yang menjadi sumber hukum dan bagi ASWJ, AQ adalah sumber tertinggi hukum. Jadi wajarlah kita bermula dengan hujah AQ. Mari kita lihat AQ 5/72:

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.

Di sini kita dapat lihat dengan tidak syak lagi yang orang-orang yang telah mengkafiri keesaan Allah berkata ‘Allah ialah Al-Masih ibn Maryam’. Jadi memang mereka menggunakan kalimah ‘Allah’. Ayat ini adalah tempat yang terbaik untuk Allah memarahi mereka kerana mencela nama sucinya. Tapi tidak. Allah hanya membetulkan konsep ketuhanan mereka melalui ajaran Al-Masih. Itu saja.

Di sini, orang-orang yang menyokong keputusan mahkamah akan berhujah yang kita orang Melayu. Di tanah Melayu, kitalah yang berhak menggunakan kalimah ini kerana orang Kristian di sini bukanlah Arab.  Adakah orang-orang ini lupa yang dalam perlembagaan negara termaktub hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama? Kita tiada hak untuk mentakrifkan apa yang patut dalam agama sesuatu kumpulan. Dalam agama Kristian ada pelbagai mazhab seperti Katolik, Greek and Russian Ortodoks, Gereja England dan sebagainya. Mereka , seperti ASWJ juga, mempunyai pelbagai pendapat. Jikalau mereka berpendapat yang menggunakan kalimah ‘Allah’ sesuai untuk amalan agama mereka, kita tiada hak untuk menghalangnya.

Bagaimana pula dengan hujah ‘nanti orang Melayu akan terkeliru apabila orang Kristian menggunakan nama ‘Allah’ dalam percakapan mereka’? Saya jawab – adakah orang-orang Melayu Islam begitu bodoh sekali?! Setiap orang Melayu Islam belajar Pendidikan Agama Islam di sekolah selama sebelas tahun! Dalam sebelas tahun itu, adakah kita tak dapat tangkap yang konsep ketuhanan kita amatlah berbeza dengan konsep ketuhanan orang Kristian. Perkara yang ‘basic’ sebegini budak sekolah pun akan tahu. Bagaiman pula kita boleh keliru? Kalau kita dapat mendalami akidah, fikah, sejarah dan tasawwuf, takkanlah perkara yang paling ‘basic’ pun kita boleh silap?

Sebenarnya, pengharaman kalimah Allah ini adalah sebahagian daripada percaturang politik di Malaysia, itu saja. Kita sudah terlalu angkuh dengan kewibawaan Islam di Malaysia sampai kita berani menindas agama lain. Tapi apakah kesudahan fikrah sebegini? Mungkin tak lama lagi, kalimah ‘isa’ pun akan diharamkan bagi orang Kristian. Kenapa tidak? Kan terjemahan AQ ke dalam bahasa Inggeris menggunakan perkataan ‘Jesus’, perkataan yang wujud dalam Bible. Jadi senang saja orang Melayu akan ‘terkeliru’ lagi! Inilah orang Melayu kita, sikit-sikit terkeliru, tersinggung dan terhina. Tapi nak bermain di gelanggang dunia….

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kalimah Allah – Apa Kesudahannya?

  1. mimieRaini berkata:

    yup…saya setuju dgn pandangan anda ttg isu ini,dan saya juga punya kefahaman yang sama… salam…

  2. shah berkata:

    prevention is better than cure! Not one person act or think the same. If you had a child, do u let them loose or nurture/guide them? Common sense!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s