Anfal dan Tauba Satu Surah – Kenapa?

Nota : Post ini hanyalah pendapat saya (Farouk A. Peru) sahaja. Ia bukan mewakili semua quranis.

Saya selalu mendapat reaksi terkejut daripada ASWJ mahupun daripada quranis bila saya meluahkan pendapat yang Surah Al-Anfal dan At-Tauba yang selalu difikirkan sebagai dua surah yang berasingan adalab sebenarnya satu surah. Saya pernah dipanggil kafir dan murtad hanya kerana memegang pendapat ini walaupun ia tak akan mendatangkan sebarang perbezaan kepada Al-Quran sendiri. Tak ada ayat pun yang dibuang. Hanya fahaman kita sahaja yang berubah.

Kenapa saya berpendapat begini? Pertama sekali, sebabnya sangat jelas : Surah At-Tauba tidak bermula dengan basmalah! Fakta ini bagaikan tamparan di muka sesiapa yang memikirkan Tauba itu surah. Ada beberapa pendapat tentang sebab ini terutamanya yang Tauba adalah surah yang tentang perang.

Saya menolak sebab ini kerana isi Tauba tidaklah begitu berlainan dengan Anfal. Jadi kalau Anfal ada basmalah, kenapa tidak Taubah? Juga, ada beberapa surah lain yang tonasinya sama seperti Surah Qital and Fath. Surah-surah ini ada mempunyai basmalah.

Tauba tiada basmalah kerana sebab yang ketara – ia bukanlah surah yang tersendiri. Sebenarnya, yang memisahkan antara surah ialah basmalah sendiri. Mari kita teliti ayat ini:

Dan Quran Kami bahagi-bahagikannya supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya dengan sebaik-baik penurunan. (17/105)

Dalam bacaan asal , frasa ‘kami bahagi-bahagikannya’ adalah sebenarnya satu perkataan (faraqanhu). Jadi Al-Quran dibahagikan oleh Allah sendiri – iaitu dengan nama Allah (bi ismi Allah – basmalah). Jika tiada basmalah , maka tiadalah surah baru.

Adalah beberapa lagi petunjuk akan mengapa Anfal dan Tauba satu surah. Kalau kita membaca Anfal dan Tauba dalam satu aliran (flow), kita boleh mengesan aliran dalam naratifnya juga. Anfal berakhir dengan situasi di mana kaum mukmin mempunya satu sistem. At-Tauba bermula dengan andaian bahawa satu sistem telah wujud (dipanggil masjid al-haram). Jika kita mendengar bacaan Anfal ke Tauba dengan tidak menganggap mereka dua surah, kita susah mengesan perbezaan dalam aliran narratif.

Satu lagi petunjuk ialah permulaan Anfal adalah hampir sama dengan penghabisan Tauba. Anfal bermula dengan Allah dan rasul (8/1) dan Tauba berakhir dengan rasul (9/128) and Allah (9/129). Al-Quran sebenarnya sungguh sistematik jika kita membacanya dengan betul!

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Anfal dan Tauba Satu Surah – Kenapa?

  1. Re Joy berkata:

    Sangat menarik, pak Farouk. Bahan bertafakur lagi nih đŸ™‚
    Salam,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s