Akal vs Wahyu – Satu Helah ASWJ

Kami Quranis sering mendengar dari ASWJ ‘Kamu mentafsir Al-Quran menggunakan logik akal. Kami pulak ikut wahyu.’ Sesiapa yang mendengar slogan ini tapi tak mengkajinya secara mendalam akan fikir ‘ya tak ya jugak. Kita dah ada Rasul yang membimbing kita. Dia pulak sentiasa di bawah panji-panji wahyu. So kita ada jaminan dalam tafsir kita’. Sangkaan ini amatlah salah kerana premise pertama pun salah.

Adakah Rasul di bawah panji-panji wahyu pada setiap saat dalam hidupnya? ASWJ akan memetik Quran 53/3 (Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri) dan berhujah yang segala apa yang Rasul cakapkan dan perilakunya adalah di bawah panji-panji wahyu dan dibimbing Allah. Betul ke hujah ini?

Kalau kita lihat Quran 66/1, 33/37, 9/43, Allah sendiri membetulkan kesalahan Rasul. 9/43 sampai ada frasa ‘Afa Allahu ank’ (Allah maafkan kamu!). Jadi kalau Rasul berada di bawah panji-panji wahyu sentiasa, Allah sendiri yang menyebabkan kesalahannya dan Allah sendiri memaafinya? Adalah ini sifat Tuhan yang al-Hadi (yang membimbing)?

Rasul adalah manusia biasa yang boleh membuat salah bila tidak menyampaikan wahyu dari Allah.

Berbalik kepada persoalan awal kita. Betul ke ayat ‘Akal vs Wahyu’ ? Kita sudah melihat bahawa Rasul tidak berada di bawah panji-panji wahyu pada setiap saat. Mari kita buat anggapan dan menerima posisi ASWJ – yang Rasul memang sentiasa di bawah panji-panji wahyu. Kalaupun begitu, adakah bermakna yang Ulamak-ulamak ASWJ boleh menangkap wahyu itu? Cuba lihat proses mereka mengetahui yang mana hadith yang sahih. Mereka terpaksa melihat biografi-biografi perawi. Mereka bukanlah dibimbing wahyu Tuhan jadi mereka terpaksa menggunakan akal (seperti kami quranis juga) atau mereka menggunakan hawa nafsu mereka (juga satu kemungkinan).

Sebenarnya Quranis dan ASWJ dalam posisi sama dari segi penggunaan akal. Kita sama-sama kena menggunakan akal. Cuma ASWJ menerima otoriti Ulamak dalam penilaian maklumat. Quranist tak ada otoriti demikian. Itu saja. Janganlah dipercayai helah ‘Akal vs Wahyu’.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Isu-isu Quranisme and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Akal vs Wahyu – Satu Helah ASWJ

  1. kangmomod berkata:

    Satu soalan yang terkadang kita kurang menyadari ketika berbincang dengan sdr ASWJ, sering kita diadu /dimusuhkan langsung kepada Nabi/Rasul karena tiada memakai kitab hadits, padahal kita tiada pernah berniat memusuhi Nabi/Rasul melainkan pemahaman ASWJ terhadap penerimaan hadits, Sehinga kita juga sering terjebak mencari-cari ayat fasal Nabi/Rasul bahwa beliau mesti begini-dan-begitu kemudian kita menjadi terlepas fokus membincangkan kitab haditsnya.

  2. Re Joy berkata:

    [10.100] Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.

  3. Ana al Haq berkata:

    Ap bezanya Akal vs Wahyu dan Akal vs Ilham?

  4. rahim berkata:

    QURANIS guna akal dan berdasarkan pada QURAN sbg otoriti, AWSJ ikut akal clergy2 nya dengan penelitiaan yang minima

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s