Quran 3/110 – Siapa ‘Ummah Terbaik’

Ada perbincangan amat menarik semalam. Siapakah ummah terbaik dalam ayat 3/110:

3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

Bagi saya, susah sikit kalau nak kata ni orang Islam yang amat terpincang buat masa ini. Orang Islam memang tak tepati kriteria ayat. Bagi saya, Surah ini, Aali Imran atau surah ketiga mempunyai process tensendir dan insan-insan yang menjadi ‘kamu’ dalam 3/110 adalah orang-orang yang telah beriman dalam aya 3/102.

Advertisements

About Farouk A. Peru

I am a human being in the world, blogging my existence. My thought systems may be found in my website: www.farouk.name
This entry was posted in Al-Quran. Bookmark the permalink.

2 Responses to Quran 3/110 – Siapa ‘Ummah Terbaik’

  1. faisal berkata:

    kalau diteliti semula ayat 3/110, dinampakkan ciri-ciri umat terbaik mengikut kehendakNya iaitu menyuruh yang baik, melarang yang mungkar dan mempercayai Allah.Jd tu lah tugas dan tanggungjawab yang diperintahkan kepada umat pilihan Allah ini dalam ayat ini. Pd pndangan aku la, tugas nilah yang perlu dilakukan untuk umat Islam keluar daripada zaman kegelapan di ketika ini dan kembali ke landasan
    sebenar dn seruan tidak terhad kepada menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar sahaja tetapi mcm yg trcatat kt dlm ayat 3:100 tadi, termasuk percaya kepada Allah jua.
    bnyak lg ayat yg connect dgn 3:100 ni antaranya ialah
    3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan
    kebaikan, dan menyuruh yang baik , dan melarang yang mungkar; mereka
    itulah orang-orang yang beruntung.
    3:114. Mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang
    baik, dan melarang yang mungkar , dan mereka bersegera dalam
    kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.
    7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka
    mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh
    mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran ,
    dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan
    mereka yang keji, dan membebaskan mereka daripada beban-beban
    mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang
    yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan
    mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang
    yang beruntung.”
    7:199. Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik , dan berpalinglah daripada
    orang-orang yang bodoh.
    9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan
    mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka
    menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran ; mereka melakukan
    solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya.
    Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa,
    Bijaksana.
    9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-
    orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk,
    orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik
    dan melarang daripada kemungkaran , dan orang-orang yang menjaga
    had-had Allah – dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang
    mukmin.
    22:41. Orang-orang yang, jika Kami meneguhkan mereka di bumi,
    melakukan solat, dan memberikan zakat, dan menyuruh yang baik, dan
    melarang kemungkaran ; dan kepada Allah kesudahan segala urusan.

  2. rahim berkata:

    org2 beriman dan taqwa jer boleh layak tu…….yang masuk kategori ayat2 di atas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s