Wanita Kelas Dua Dalam ASWJ?

oleh Islamis Logik

hadith on women dogs and donkeys

Wanita seolah manusia kelas ke dua dalam ugama arab. Tidak hanya selalu dijadikan objek seks oleh ugama Arab dan pengikutnya. Wanita dalam agama ini juga didiskriminasi dalam ritual agama dan lebih buruk disamakan dengan haiwan.

Dari riwayat Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda, “YANG MEMUTUSKAN SHALAT IALAH WANITA, KELEDAI, DAN ANJING.

Sunan Ibnu majah, Jilid. 1, Kitab Salat, Hadith 950
http://sunnah.com/urn/1282980

Dari riwayat Abu Dzarr, Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian hendak shalat, sebaiknya kamu membuat sutrah (penghalang) di hadapannya yang berbentuk seperti kayu yang diletakkan diatas hewan tunggangan, apabila di hadapannya tidak ada sutrah seperti kayu yang diletakkan diatas hewan tunggangan, maka shalatnya akan terputus oleh KELEDAI, WANITA DAN ANJING HITAM.’ Aku bertanya, ‘Wahai Abu Dzarr, apa perbedaan anjing hitam dari anjing merah dan kuning? Dia menjawab, ‘Aku pernah pula menanyakan hal itu kepada Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam sebagaimana kamu menanyakannya kepadaku, maka jawab beliau, ‘Anjing hitam itu setan’.”

Sahih Muslim, Kitab Salat, Hadith 1032
http://sunnah.com/muslim/4/299

Inikah layanan yang patut bagi seorang wanita? sedih memikirkan nasib wanita dihina sebegini cry emoticon

Posted in Hadith | Tagged | Tinggalkan komen

Cukai Daripada Pendapatan Haram

cukai haram

Imej | Posted on by | Tagged | Tinggalkan komen

Air Dibacakan Al-Quran

Sila lihat poster ini dan pergi ke laman webnya? Adakah ini benar atau satu penipuan semata-mata?

air dibaca quran

Posted in Malaysia | Tagged | Tinggalkan komen

Patutkah Islam Dirasmikan?

Semasa zaman remaja saya dahulu, saya gemar membaca buku-buku mengenai ‘generasi Al-Quran’ iaitu jenerasi Rasulullah and sahabat-sahabatnya. Salah seorang penulis kegemaran saya ialah Shaykh Abd Al-Qadir Al-Murabit Al-Darqawi yang menulis buku ‘The Way of Muhammad’. Dalam buku yang amat mendalam konsepnya ini, Abd Al-Qadir menulis tentang keadaan semasa era Rasulullah di Madinah. Katanya, pada zaman itu, tidak perlu adanya sarjana Islam kerana semuanya sarjana Islam. Samalah juga dengan polis atau tentera. Semuanya tidak perlu kerana tiap-tiap individu dalam masyarakat itu mempunyai tanggungjawab untuk mencari ilmu, mengawal keselamatan negara dan memerangi anasir-anasir yang menyerang dari luar. Inilah situasi yang ideal dalam Islam, jika kita mengambil jenerasi Al-Quran sebagai blueprint.

Zaman berganti zaman, Islam berkembang sebagai tamadun dan muncullah pula ‘ofisialisasi’. ‘Ofisialisasi’ (officialization, to make something official) adalah memberi sesuatu itu ‘perasmian’. ‘Ofisialisasi’ memang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Dalam permainan bolasepak umpamanya, sesiapa sahaja boleh bermain sukan ini tetapi untuk mencapai piala dunia, perlulah ada satu badan yang ‘rasmi’ iaitu FIFA. FIFA memberi polisi-polisi kepada badan-badan Asia, Eropah (UEFA) dan lain-lain. Badan ini pula menjaga badan-badan negara seperti FAM yang menjaga badan-badan negeri-negeri pula. Semuanya diatur dengan rapi dan undang-undang diberi supaya boleh menjaga tatatertib yang tertentu. Inilah ‘ofisialisasi’ yang sebenarnya.

Dalam Islam, ‘ofisialisasi’ yang sebenar datang dalam zaman Abbasiyah. Pada zaman itu, belum ada lagi penggarisan di antara Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan Syiah. Malahan, boleh dikatakan yang belum ada lagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara rasmi. Khalifah Abbasiyanh telah Berjaya menggulingkan Khalifah Umayyah dengan pertolongan golongan penyokong Ali ibn Abi Talib, sepupu Rasulullah. Penyokong-penyokong Ali telah mengalami kezaliman yang teruk di bawah Khalifah Umayyah and sememangnya memusuhi mereka. Jadi dengan menolong golong Abbasiyah merampas kembali takhta khalifah, mereka telah mendapat lebih banyak pengaruh. Perngaruh mereka ditakuti Khalifah-khalifah Abbasiyah kerena merekalah dikatakan pemegang Islam yang sejati disebabkan mereka keturunan Rasulullah. Langkah Abbasiyah untuk mencantas pengaruh penyokong Ali ialah dengan membuat klaim yang ulamak-ulamak Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah waris Rasulullah yang sejati (dengan mewujudkan hadis ‘ulamak itu pewaris nabi’).

Mungkin banyak yang menolak sejarah ini kerana tidak selari dengan sejarah yang diajar disekolah. Namun begitu, dalam buku ‘International Human Rights and Islamic Law’, Profesor Mashood Barderin (Sarjana Perundangan Islam di Univerity of London, School of Oriental and African Studies) mengatakan yang pada asalnya, Islam mempunyai beratus-ratus mazhab! Tetapi setelah langkah yang diambil oleh golongan Abbasiyah, bilangan mazhab-mazhab telah jatuh ke berpuluh-puluh sahaja sehinggalah menjadi hanya lebih kurang empat pada hari ini.

Proses ‘ofisialisasi’ telah menjadikan idelogi Islam sebagai satu agama rasmi dan mana-mana pendekatan yang tidak bersesuaian dengan versi rasmi Islam dikatakan sesat. Di sinilah permulaan di mana konflik di antara Ahlus Sunnah dan Syiah menjadi satu perkara agama walhal dulunya ia hanya perkara politik. Inialah masalah ‘ofisialisasi’ yang pertama. Bila wujudnya ‘ofisialisasi’, maka akan ada pihak yang mengaku ia pihak yang benar dan dengan otomati, pihak-pihak yang tidak menyebelahi pihak ini akan dikategorikan sebagai ‘sesat’. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang – kerana kita ada badan yang diberi tanggungjawab menjaga hal-ehwal Islam secara rasmi, maka sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka akan dilihat sebagai sesat lagi menyesatkan.

Yang menghairankan pula, badan-badan ini (seperti JAKIM dan badan-badan diperingkat negeri) tidak ada masalah dengan agamawan-agamawan yang sebulu dengan mereka tetapi tidak mengamalkan agama Islam mengikut Sunnah Rasulullah. Umpamanya, ‘Ustaz Ayam’ yang telah mengiklankan ayam-ayam ternakan yang istimewa kerana diternak dengan gelombang Al-Quran. Amalan ini sememangnya tidak ada pada zaman Rasulullah. Walaupun Rasulullah dan sahabat-sahabatnya mempunyai haiwan ternakan tetapi tidak pula mereka membaca Al-Quran kepada haiwan-haiwan itu supaya lebih sihat dimakan!

Begitu juga dengan mesin solar-powered yang membaca Al-Quran di tanah perkuburan. Mesin ini mengumpul kuasa solar dan memainkan Al-Quran kepada mayat-mayat di tanah perkuburan itu. Tidak dinyatakan pula kalau satu mesin cukup untuk satu tanah perkuburan atau hanya dihadkan kepada satu mayat sahaja. Silap-silap, habislah Nasir Bilal Khan, imam Tanah Kubur kena buang kerja kerana semua mayat selamat daripada siksa kubur! Poinnya, walaupun ada amalan-amalan yang jauh daripada ruh Islam yang sebenar, namun badan-badan Islam tidak mengapa-apakan mereka kerana mungkin mereka sebulu. Inilah kesan proses ‘ofisialisasi’.

Tidak pula begitu dengan pendekatan-pendakatan lain yang dikatakan sesat. Kepada JAKIM, ‘sesat’ itu termasuklah Syiah dan Liberal walaupun mereka pun mempunyai dalil sendiri. Kerana proses ‘ofisialisasi’, JAKIM yang diberi tunggak kuasa tidak perlu berbincang apa-apa dengan mereka. Cukuplah hanya dengan melabel mereka sesat sahaja dan menangkap mereka. Polisi sebegini tidak dapat menaikkan mutu perbincangan Islam langsung malahan meletakkan tahap pemikiran Islam pada tahap yang paling rendah.

Sebenarnya ‘ofisialisasi’ dalam agama adalah perkara yang tidak memanfaatkan sesiapa kecuali agamawan.

Posted in Malaysia | Tagged | Tinggalkan komen

Mengapa Ulamak Lelaki Suka Bincang Pasal Wanita

Bukti kefahaman Islam yang ‘WOMEN ORIENTED’. Ceramah yang membincangkan tentang hadis yang mengajar lelaki tentang keindahan syurga dan isinya terutamanya tentang payudara dan ‘dara’ wanita untuk kaum lelaki.

SAYA BERANI MENDAKWA, AJARAN INILAH MENJADI PUNCA MENGAPA PENDAKWAH2 LELAKI BEGITU CENDERUNG MEMBINCANGKAN TENTANG RAMBUT, TUDUNG, ‘BOOBS’ DAN ‘BUTTS’ WANITA DALAM AGENDA DAKWAH MEREKA. SENANGKAN NAK JADI PENDAKWAH? CAKAP JER PASAL PEREMPUAN…..

Saya sertakan excerpts:

Following are excerpts:

Sheikh Yahya Al-Jana’: There are not so many women in Paradise. It is mostly men who enter Paradise.

[…]

[The Prophet Muhammad] said that some women would not even smell Paradise, although it can be smelled from a distance that would take you 500 years to cross. Why? Because they are unveiled, playing up their charms, wearing tight clothes in shopping malls, and putting on perfume and jewelry, talking to young men, and sending her pictures via filthy social media platforms.

Allah described [the virgins of Paradise] very specifically. He even described their beasts: “Indeed, for the pious there is a place of triumph, gardens and grapeyards, and full-breasted women of equal age.” “Full-breasted women of equal age” refers to the virgins of Paradise. Allah described their breasts in order to let you know what awaits you in Paradise. There is no shame in talking about these things. [Allah] wants to make you vie for [Paradise]. This message is directed toward people who lose Paradise because they succumb to momentary lust. The breasts of the virgins of Paradise are like pomegranates. They don’t sag. Hey are very beautiful. Where are you, lovers of women? Where are you, you desire these virgins? How many people have lost their promised virgins for the sake of one unveiled whore?

Allah even mentioned sex, in order to make you lust for Paradise. It is not just food, drink, and happiness. There is also sex, as well as women who are nothing like those you meet in this world. Allah said: “Indeed, the dwellers of Paradise will be busy in joyful things that day. They and their wives will be reclining on adorned couches.” Abu Mujliz said that he had asked Ibn ‘Abbas: “Allah said that the dwellers of Paradise are busy. What keeps them busy? What keeps them busy, oh Ibn ‘Abbas?” [Ibn ‘Abbas] said: “They will be busy tearing hymens.”

Posted in Hadith | Tagged | Tinggalkan komen

Mengapa Syiah Mengkultuskan Hussain ibn Ali?

MENGAPA SYIAH RAFIDHAH MENGKULTUSKAN HUSEIN?

Tahukah Anda, mengapa Syiah, khususnya Rafidhah yang berpusat di Iran, senantiasa mengkultuskan dan menyembah Husein radhiyallahu ‘anhu saja dan tidak memuja anak-anak Fatimah radhiyallahu ‘anha yang lainnya?

Informasi berikut ini bisa jadi akan membuat Anda kaget setengah mati, khususnya Syiah-Syiah non Iran.

Sebelum menjawab pertanyaan di atas, mari kita lihat daftar anak kandung laki-laki Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, sebagai berikut:

1. Hasan bin Ali bin Abi Thalib
2. Husein bin Ali bin Abi Thalib
3. Muhsin bin Ali bin Abi Thalib
4. Abbas bin Ali bin Abi Thalib
5. Hilal bin Ali bin Abi Thalib
6. Abdullah bin Ali bin Abi Thalib
7. Jakfar bin Ali bin Abi Thalib
8. Usman bin Ali bin Abi Thalib
9. Ubaidillah bin Ali bin Abi Thalib
10. Abu Bakar bin Ali bin Abi Thalib
11. Umar bin Ali bin Abi Thalib

Pernahkah Anda melihat bendera atau umbul-umbul Syiah yang bertuliskan “Ya Hasan” atau “Ya Muhsin”?

Mengapa mereka hanya menyembah Husein saja, padahal Hasan radhiyallahu ‘anhu juga anak kandung Ali bin Abi Thalib yang juga terlahir dari rahim Fatimah binti Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan baik Hasan maupun Husein sama-sama Ahlul Bait?

Pernahkah Anda, wahai Syiah-Syiah non Persia mempertanyakan hal ini?

Sebelum menjawab pertanyaan tersebut, ketahuilah informasi berikut ini:

Tahukah Anda bahwa 9 (sembilan) imam Syiah yang lainnya seluruhnya berasal dari keturunan Husein saja padahal Hasan juga memiliki banyak anak laki-laki?

Mari kita lihat daftar 12 (dua belas) imam Syiah selengkapnya:

Imam pertama: Ali bin Abi Thalib
Imam kedua: Hasan putra Ali bin Abi Thalib
Imam ketiga: Husein putra Ali bin Abi Thalib
Imam keempat: Ali putra Husein putra Ali bin Abi Thalib
Imam kelima: Muhammad putra Ali putra Husein bin Ali bin Abi Thalib
Imam keenam: Ja’far putra Muhammad putra Ali putra Husein
Imam ketujuh: Musa putra Ja’far putra Muhammad putra Ali putra Husein
Imam kedelapan: Ali putra Musa putra ja’far putra Muhammad putra Ali putra Husein
Imam kesembilan: Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husein
Imam kesepuluh: Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husein
Imam kesebelas: Hasan putra Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husein
Imam keduabelas: Muhammad (Imam Mahdi) bin Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husein

Syiah hanya mensakralkan Husein saja, namun tidak mensakralkan Hasan dan tidak juga mensakralkan anak-anak Ali bin Abi Thalib yang lainnya yang semuanya diridhai Allah.

Jawabannya adalah: karena Husein menikahi wanita Persia Iran, putri Raja Yazdegerd yang bernama Syahr Banu atau yang dikenal dengan Syah Zinan. Konon, ketika Kekaisaran Persia ditaklukkan dan terbunuhnya Kaisar Yazdegerd maka putri-putrinya ditawan.

Saat itu, Khalifah Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu menghadiahkan putri sang Kaisar yang bernama Syah Zinan kepada Husein bin Ali bin Abi Thalib dan Husein pun menikahinya. Oleh karena itulah Syiah begitu mensakralkan Husein dan para imam Syiah yang berdarah Persia keturunan Syah Zinan, bukan seperti klaim mereka bahwa mereka mencintai keluarga Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berasal dari Arab.

Hakikatnya, mereka sangat mencintai Ahlul Bait Kaisar yang menjadi moyang 9 (sembilan) imam yang semuanya berasal dari ibu berdarah Persia, mereka sangat fanatik dalam mencintai dan memuja kakek anak-anak Husein sang Kaisar Persia, bukan sang Nabi yang berasal dari Arab.

Imam-imam yang mereka sakralkan dan mereka anggap maksum satu level dengan nabi-nabi itu adalah imam-imam yang berasal dari keturunan Raja Persia, Yazdegerd.

Mereka memuja Husein dan imam-imam keturunannya karena mereka meyakini bahwa di dalam darah imam itu mengalir darah Persia keturunan Kaisar.

Mereka hanya mencintai Ahlul Bait Kaisar Persia, bukan Ahlul Bait Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam!

 

Posted in Isu-isu Quranisme | Tagged | Tinggalkan komen

Fahaman-fahaman tentang Al-Hijr 87

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
(Al-Hijr 15:87)

Apa 7 ayat tu? Apa maksud nya?

Jawapan-jawapan:

  • Al-fatihah
  • surah 40-46 yg bermula dgn Ha Mim..semua surah mengisahkan kmusnahan kaum2 yg berlaku secara berulang2..
  • ada yg mngatakan Ha adalah singkatan Al Hamid (Yg Terpuji) n Mim singkatan Al Alim (Yg Maha Mengetahui)
  • tak pasti samaada ayat tu merujuk kepada “tujuh ayat yg diulang-ulang” sebab tak sebut pun “ayat” di situ. cuma sebut “tujuh daripada pasangan”. Pasangan apa saya tak pasti. pada hemat sy mungkin merujuk kepada mata, telinga, mulut, kaki, tangan, jalan baik & jahat, dan satu lagi saya tak tahu apa, mungkin akal dan nafsu kot. Dalam Quran kita sering diingatkan untuk menggunakan pancaindera untuk menyedari kehebatan Tuhan, berfikir tentang fitrah diri kita yg mempunyai akal dan nafsu, dan bekerja ke arah kebaikan (yg menggunakan tangan dan kaki). Akal boleh menyedarkan diri tentang kebaikan dan nafsu pula boleh mendorong kepada kejahatan kalau tak dikawal. Quran pula memberi panduan kepada kita untuk menggunakan semua yang diberikan ini supaya kita sedar akan hakikat diri kita. Dalam surah 90 tiga di antaranya disebut – mata, bibir dan 2 jalan.
  • Ada khilaf. Pendapat Pok Mig kalau tak salah sama pendapat sebhg Sunni & juga pendapat2 ilmuan masakini spt Edip Yuksel sbb ada perkataan DAN…. 7 ayat diulang2 DAN Quran yg Agung, dan kita tahu AlFatihah juga sebhg dari dlm Quran , justeru mana mungkin ia merujuk pd ayat2 Al Fatihah..i bagi saya lebih condong kpd pendapat yg mengatkan ianya “Al Fatihah”, pendapat yg juga sama dgn “Kitab At Tafsir” tulisan Bukhari, ada riwayat dari sahabat akan sabda2 Nabi yg kata “al mathani” dlm ayat 15:87 tu merujuk pd umulkitab/surah AlFatihah.
    Persoalan mengapa ada perkataan “wa” (DAN) di situ. Ada ayat2 Allah yg juga sebut “DAN” utk perkara yg sama.cthnya, [Quran 55:68] Didalamnya terdapat buah2an (fakihatun) wa/dan kurma, wa/dan delima. Antara ayat lain spt [Quran 2:238-239] Peliharalah (salawati) salat2 kamu wa/DAN salat wusta…..Allahualam

 

Posted in Al-Quran | Tagged | Tinggalkan komen